Ab Rauf kongsi kejayaan tadbir urus Melaka di PENTalk PAU 2024

AYER KEROH – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, memanfaatkan peluang berucap di pentas Program PENTalk yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, bagi berkongsi pencapaian kementerian dan negeri yang diterajui oleh UMNO.

Ab Rauf berkata, antara yang ditekankan dan disentuh dalam ucapan berkenaan adalah pencapaian Kerajaan Negeri Melaka setelah membentuk gabungan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, hasil kerjasama dan sinergi terbentuk, Kerajaan Melaka telah melaksanakan 76 inisiatif secara keseluruhan dalam agenda mensejahterakan rakyat dan melestarikan pembangunan dalam negeri.

“Bagi memperkasa pertumbuhan ekonomi Negeri Melaka, antara pencapaian terbesar adalah menerusi sektor pelancongan yang kini berjaya menarik sejumlah 8.7 juta pelancong sehingga Julai tahun ini sempena Tahun Melawat Melaka 2024.

“Antara produk pelancongan terbaharu adalah ‘Melaka Bila Larut Malam’, merupakan produk pertama Malaysia dengan pengoperasian produk-produk pelancongan sehingga jam 2 pagi pada Sabtu minggu pertama setiap bulan,” kata Ketua Menteri menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Tambahnya lagi yang turut berkongsi pengkhabaran gembira penerbangan tambang rendah Singapore Airlines, Scoot bakal melakukan penerbangan lima kali seminggu bermula 23 Oktober ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM).

Beliau turut menyentuh tentang persiaran kapal mewah yang dinamakan sebagai ‘Genting Dreams Cruise’ buat julung kalinya telah memilih destinasi Melaka sebagai pelabuhan pertama yang akan berlabuh bermula 11 November nanti.

“Kerajaan negeri komited untuk terus melaksanakan agenda mensejahterakan rakyat. Apa yang Melaka capai pada hari ini adalah hasil usaha pencapaian kita bersama.

“Tanpa barisan kepimpinan kerajaan negeri, ahli-ahli Yang Berhormat (YB), serta sokongan rakyat, tidak mungkin saya boleh melakukan semua inisiatif pencapaian ini seorang diri,” katanya.

PENTalk yang dianjurkan oleh Penerangan UMNO ini merupakan program pembuka tirai kepada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 serta memberi ruang dan peluang kepada menteri, ketua menteri dan menteri besar daripada UMNO berkongsi kejayaan serta memberikan pencerahan kepada ahli dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke16 (PRU-16).

Turut berkongsi kejayaan di pentas PENTalk adalah Presiden UMNO Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Petahanan yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Khaled Nordin, Menteri Perladangan dan Komoditi merupakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Selain itu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said turut berkongsi kejayaan pada program yang dihadiri kira-kira 700 orang peserta.

Related Posts

Program KOMPAK perkasa kompetensi ketua komuniti di Saribas

DEBAK – Program KOMPAK (Komuniti Prihatin, Aktif dan Kompeten) terus menjadi platform penting dalam memperkasa pengetahuan, kemahiran dan kompetensi ketua komuniti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

KENINGAU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Kecil sentiasa mengamalkan budaya kerja yang responsif, proaktif dan berintegriti serta berani mengambil pendekatan baharu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program KOMPAK perkasa kompetensi ketua komuniti di Saribas

Program KOMPAK perkasa kompetensi ketua komuniti di Saribas

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi