SFC, Petronas perkasa sumber tenaga alternatif Sarawak

KUCHING – Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak sentiasa komited dalam pemeliharaan alam sekitar dan tenaga boleh diperbaharui.

Oleh itu, usaha tersebut diterjmahkan dengan memerteraikan memorandum persefahaman (MoU) antara agensi berkanun kerajaan Sarawak, Sarawak Forestry Corporation (SFC) dengan Petroliam National Berhad (Petronas) pada Isnin.

Menurut Abang Johari, MoU tersebut memberi fokus kepada tenaga boleh diperbaharui, pemuliharaan biodiversiti dan penerokaan solusi semula jadi (NbS).

“Ketiga-tiga fokus itu mempunyai saling berkait rapat dan ini bermakna kita perlu mencari NbS dengan mengenal pasti isu penggunaan karbon emision dan perubahan cuaca,” ujarnya.

Jelas Abang Johari, tenaga boleh diperbaharui juga sangat penting dalam menggantikan tenaga sedia ada seperti petroleum yang memberi kesan kepada alam sekitar.

“Oleh itu, pemuliharaan biodiversiti sangat diperlukan untuk mengekalkan keseimbangan dalam ekosistem alam sekitar,” jelas beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyaksikan SFC turut bertukar dokumen MoU antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dengan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Malaysia.

Selain itu, Abang Johari berkata Sarawak sangat bertuah kerana mempunyai sumber air yang banyak sehingga mampu menghasilkan sumber tenaga hidrogen sendiri.

“Melalui sumber air yang banyak, kita mampu mengurangkan kos dalam tempoh 10 hingga 15 tahun dengan memperkasakan sumber tenaga alternatif,” katanya lagi.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

KUANTAN – MyFuture Policy Lab Edisi Pertama Peringkat Sekolah-Sekolah Parlimen Paya Besar Sesi 2026 menjadi platform baharu dalam usaha memperkukuh kefahaman generasi muda terhadap dasar awam, tadbir urus dan pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion