Sindiket penipuan tawar dana guna nama yayasan diraja

JOHOR BAHRU – Menawarkan bantuan dana berjumlah sehingga RM15,000 menggunakan nama Yayasan Kanser Tunku Abdul Jalil menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan meraih wang daripada orang ramai.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, terbaharu, seorang pemandu lori berusia 33 tahun menjadi mangsa penipuan sindiket itu selepas menonton siaran langsung di platform media sosial berkenaan pada Khamis.

“Melalui siaran langsung di TikTok berkenaan, suspek telah memperdaya mangsa dengan menawarkan bantuan dana daripada Yayasan Kanser Tunku Abdul Jalil berjumlah antara RM3,000 sehingga RM15,000.

“Jumlah bantuan dana ditawarkan pula bergantung kepada pakej yang dipilih dengan bayaran pendaftaran antara RM50 hingga RM300. Terdapat enam pakej ditawarkan individu terbabit iaitu pakej A hingga pakej F dengan kadar bayaran tertentu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa yang tertarik dengan bantuan dana yang ditawarkan seterusnya telah berurusan dengan individu berkenaan melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa kemudiannya telah mengikut arahan individu berkenaan dengan membuat pembayaran ke akaun e-wallet
melalui kod QR yang diberikan untuk tujuan pendaftaran dan mendapatkan bantuan dana ditawarkan.

“Mangsa dijanjikan bahawa bantuan dana berkenaan akan dimasukkan terus ke akaun bank miliknya dalam tempoh 24 jam selepas pendaftaran,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, selepas 24 jam, mangsa mendapati tiada wang yang masuk ke dalam akaunnya dan panggilan mangsa juga telah disekat oleh suspek.

Kumar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Pada masa sama, Kumar berkata, semakan telah dibuat dengan pihak Yayasan Kanser Tunku Abdul Jalil dan mendapati tiada tawaran bantuan dana sedemikian ditawarkan kepada orang ramai menerusi pakej-pakej yang didakwa.

“Kita ingin memberi peringatan dan menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran bantuan dana yang diterima melalui dalam talian, terutama yang menggunakan nama badan atau yayasan yang membabitkan institusi diraja.

“Buat semakan dengan badan atau yayasan berkenaan untuk mendapatkan kepastian dan kesahihan atas sesuatu tawaran yang diterima,” ujarnya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok