Presiden Palestin janji lawat Gaza

ISTANBUL – Presiden Palestin Mahmoud Abbas berjanji untuk melawat ke Semenanjung Gaza yang di kepung oleh rejim Israel.

Beliau berjanji akan terus berada di sisi rakyat Palestin walaupun ia meragut nyawanya.

Bercakap pada Perhimpunan Kebangsaan Besar Turkiye pada Khamis, ketika ini jumlah kematian rakyat Palestin akibat perang Israel di Gaza melebihi 40,000,

Abbas mengecam masyarakat antarabangsa yang berdiam diri dalam menghadapi kekejaman yang dilakukan oleh Israel.

“Saya telah memutuskan untuk menuju ke Semenanjung Gaza bersama-sama dengan semua pemimpin Palestin.

“Saya akan bekerja dengan semua kuasa saya supaya kita semua berdiri bersama rakyat kita untuk menghentikan pencerobohan biadab ini walaupun itu akan meragut nyawa kami. Nyawa kami tidak lebih berharga daripada anak-anak kecil di Gaza.

“Ia sama ada kemenangan atau syahid,” kata Abbas kepada parlimen Turkiye di Ankara semasa sesi khas mengenai Palestin.

Sesi itu dihadiri oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, ratusan ahli Parlimen Turkiye dan pegawai tertinggi lain.

Sementara itu, Abbas memuji pendirian Turkiye, Presiden Erdogan, dan rakyat Turkiye dalam menolak dan mengutuk jenayah Israel terhadap rakyat Palestin.

Beliau juga menggesa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) memastikan akses mereka ke wilayah yang dikepung itu.

Presiden Palestin itu menegaskan bahawa Semenanjung Gaza, Baitulmaqdis Timur, dan Tebing Barat adalah satu unit geografi yang membentuk sebuah negara Palestin yang merdeka mengikut kesahihan antarabangsa.

“Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin yang bersatu. Tidak akan ada negeri di Gaza sahaja. Rakyat Palestin tidak akan hancur dan tidak akan menyerah,” kata Abbas pada Khamis.

“Kami akan membina semula Gaza dan mengubati luka rakyat kami dengan sokongan negara-negara Arab dan Islam serta sekutu global, dalam rangka negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.” katanya.

Israel meneruskan serangan ketenteraannya yang kejam ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 walaupun terdapat resolusi UNSC yang mendesak gencatan senjata segera.

Serangan Israel di Gaza telah membunuh lebih 40,000 orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 92,400 yang lain, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Related Posts

Tiga pegawai media Malaysia berdepan detik cemas penerbangan London-Istanbul

ISTANBUL (Turkiye) – Penerbangan dari London ke Istanbul bertukar menjadi pengalaman mencemaskan apabila seorang penumpang bertindak agresif sehingga terpaksa dikawal dan diikat selepas mengganggu penumpang lain, bergelut dengan seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

NEW YORK – Kuasa lima negara pemegang veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa dimansuhkan, susulan kegagalan badan itu menangani beberapa krisis antarabangsa. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas