Penerbangan ihsan bawa pesakit dari Palestin tiba pagi ini

KUALA LUMPUR – Seramai 40 orang awam Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza selamat berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir pada Khamis malam dengan dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Malaysia untuk rawatan.

Duta Mesir ke Malaysia, Ragai Nasr memberitahu Bernama bahawa dua pesawat dengan 40 warga Palestin yang cedera dan 80 saudara mereka berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza di Kaherah menuju ke Kuala Lumpur.

“Semoga mereka selamat dalam perjalanan ke Malaysia,” katanya.

Kedua-dua pesawat dan pesakit dijadualkan tiba di Malaysia pada pagi ini.

Warga Palestin yang cedera dan kini sedang menerima rawatan di beberapa hospital di Mesir, mengalami pelbagai masalah kesihatan, termasuk kecederaan tulang dan melecur.

Terdahulu, Nasr berkata, pesakit itu akan menerima rawatan di hospital-hospital yang ditetapkan oleh Malaysia.

Beliau berkata, pemilihan 40 warga Palestin yang cedera untuk mendapatkan rawatan di Malaysia dibuat atas arahan Presiden Abdel Fattah el-Sisi selepas menerima permintaan daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related Posts

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

LIPIS – Penubuhan Kolej Komuniti Jelai dekat Tanjung Gahai, di sini, bakal menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan modal insan dan ekonomi luar bandar. Kolej itu bakal menawarkan program berteraskan agroteknologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pegawai kanan polis antara 12 ditahan ‘makan rasuah’ RM2 juta

KUALA LUMPUR – Polis menahan 12 pegawai polis pelbagai pangkat selepas dipercayai memeras ugut seorang lelaki warga Vanuatu sebanyak RM2 juta. Menurut sumber, mangsa hanya dilepaskan selepas membayar AS$140,000 (RM560,000).…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu