Jasa Awie jadi sandaran, tangan pengundi yang menentukan

JIKA pengundi PRK Nenggiri taksub menjadikan parti sebagai sandaran untuk mereka mengundi, maka mereka telah membuat pilihan yang salah.

Namun jika memilih calon yang bekerja dan terbukti jasanya, maka mereka telah membuat pilihan yang tepat.

Tentu pengundi PRK Nenggiri masih ingat ketika negara dilanda Covid-19, ramai yang berhadapan dengan kesusahan.

Ada yang tidak dapat bekerja atau mungkin dibuang kerja dan ada yang tidak boleh berniaga seperti biasa.

Ketika itu, ada individu yang cekal membantu menghantar bantuan agar beban penduduk Nenggiri menjadi ringan.

Individu itu adalah calon BN nombor 2, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau lebih dikenali sebagai Awie.

Rata-rata penduduk setempat mengakui segala usaha dan jasa yang telah beliau lakukan demi kesejahteraan semua.

Tidak ada yang menidakkan atau menafikan apa yang telah beliau sumbangkan tanpa mengira fahaman politik.

Difahamkan, calon Bersatu, Rizwadi Ismail sendiri juga tidak terkecuali menerima bantuan yang disampaikan oleh Awie.

Setakat ini tidak ada yang kurang dan tidak ada cerita yang buruk apabila penduduk bercerita tentang siapa Awie.

Maka pada 17 Ogos ini, berlaku adillah dengan Awie agar beliau dapat terus menabur bakti kepada penduduk Nenggiri.

Awie telah pun membuktikan beliau layak manakala tangan pengundi PRK Nenggiri menentukan ia menjadi realiti.

Related Posts

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

PAKATAN Harapan (PH) berdepan serangan daripada pelbagai sudut menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, namun rekod pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi kekuatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

BATU PAHAT – Rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi Pas dan Bersatu Johor dipercayai semakin memuncak apabila sebahagian jentera didakwa enggan turun membantu kempen calon Pejuang yang bertanding…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

Rekod cemerlang Kerajaan MADANI beri nilai tambah kepada Pakatan Harapan – Penganalisis

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

PRN Johor: Jentera dan penyokong Pas, Bersatu boikot calon Pejuang

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

2 gol Mbappe bantu Perancis singkir Sweden

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Mexico akhiri badi 40 tahun, kalahkan Ecuador 2-0

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma

Lebih 1,000 pelajar SMK Pujut terima manfaat pemeriksaan mata percuma