Pusat Jantung Sarawak tidak pernah lantik ‘runner’ – Dr Veronica

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKN) menafikan perkara yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Veronica Lugah menegaskan pihaknya menerusi Pusat Jantung Sarawak tidak pernah melantik mana-mana pihak yang bertindak sebagai ‘runner’.

“Pihak JKN menegaskan Pusat Jantung Sarawak merupakan hospital kerajaan yang mengendalikan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP),” jelas beliau.

Menurut beliau dalam satu kenyataan rasmi media JKN Sarawak, PPBP tertakluk kepada Perintah Fi (Perubatan Penuh).

“Melalui PPBP, pesakit dikenakan bayaran penuh tanpa subsidi kerajaan untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan Pegawai Perubatan Pakar di hospital kerajaan,” jelas beliau.

Jelas beliau lagi, PPBP boleh diperolehi melalui rujukan daripada pengamal perubatan berdaftar sama ada kerajaan ataupun swasta.

“Pesakit juga boleh hadir tanpa rujukan dan mendapatkan tarikh temu janji dari klinik berkenaan sama ada melalui telefon ataupun hadir sendiri ke klinik tersebut.

Ujar beliau, perkhidmatan ini tidak menjejaskan giliran pesakit awam yang lain kerana kes PPBP akan berjumpa dengan pakar selepas konsultasi pesakit awam yang mempunyai temu janji pada hari tersebut diselesaikan terlebih dahulu.

“Prosedur melibatkan kes PPBP juga kebanyakan dilakukan di luar waktu pejabat atau hujung minggu,” kata beliau lagi.

Bagaimanapun, pihak JKN memberi jaminan siasatan lanjut dijalankan sekiranya wujud salah laku dalam kalangan kakitangan serta mengambil maklum perkara sewajarnya untuk diambil tindakan bagi menambah baik perkhidmatan di hospital.

Sebelum ini, seorang pengguna akaun Facebook bernama Dr Tang Sie Hing juga merupakan ahli politik menularkan hantaran melibatkan salah laku pegawai perubatan serta perkhidmatan ‘runner’ di Pusat Jantung Sarawak.

Related Posts

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil