Pemuda tempatan didakwa, kes bunuh anak pemilik restoran di Sandakan

SANDAKAN – Lelaki warga tempatan telah didakwa di Mahkamah Majistret Sandakan pada Isnin atas kesalahan membunuh seorang lelaki yang merupakan anak seorang pemilik restoran di sini.

Tertuduh, Mohammad Zulfaizzie Hanafi Mohd Firdaus, 23, didakwa bersama-sama dua rakan suspek yang masih bebas, membunuh mangsa Mohammed Noufal Abdul Rasheed berusia 35 tahun pada 21 Julai kira-kira jam 5.18 pagi hingga 25 Julai 11.30 pagi di kawasan semak berhampiran ladang kelapa sawit, Jalan Sungai Memanjang, Sandakan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi sementara menunggu hasil laporan bedah siasat dan kimia selesai dilakukan ke atas mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun yang sama atas kesalahan membunuh.

Related Posts

NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

KUALA LUMPUR, 19 Sept — Empat belas pertubuhan masyarakat sivil menggesa semua dokumen berkaitan pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Tun Razak didedahkan sepenuhnya, dengan menegaskan ketelusan penting bagi memelihara keyakinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan menghormati keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

  • By Fandi
  • September 19, 2026
Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari