Kerajaan Kelantan tak mampu selesai masalah Orang Asli Gua Musang

GUA MUSANG – Kerajaan Kelantan tidak serius selain tidak boleh membantu dan menangani masalah yang dihadapi masyarakat Orang Asli, kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mohd Syahbuddin Hashim.

Menurut beliau, perkara itu dapat dilihat melalui soal peruntukan tambahan yang tidak diberikan kepada masyarakat Orang Asli.

“Mereka tidak mempeduli langsung soal Orang Asli dalam DUN pun kita tengok tak ada satu bajet tambahan besar diberikan kepada masyarakat Orang Asli.

“Saya tidak nampak mereka mahu selesaikan dengan serius cuma saya nampak bila musim pilihan raya semua berpusu-pusu ke pos-pos Orang Asli untuk dapatkan undi Orang Asli dan saya dapat laporan dari pemimpin tempatan mereka janji bulan dan bintang.

“Hari ini Orang Asli faham isu utama mereka berkaitan dengan tuntutan tanah adat mereka supaya digazetkan dan sehingga hari ini kerajaan masih lagi berdolak dalik dan bermain tarik tali diantara kelulusan sama ada boleh diberikan atau tidak.

“Meskipun kerajaan Kelantan mereka mendakwa tidak pernah pinggir masyarakat Orang Asli tetapi mereka tahu bagaimana keterlibatan kerajaan negeri atau wakil kerajaan negeri pada mereka,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin menyeru supaya masyarakat itu memecahkan sokongan kepada calon Pas dan BN.

Hamzah berkata, ianya sebagai satu strategi supaya mana-mana parti yang bertanding tidak mempermainkan masyarakat Orang Asli.

Justeru katanya, kerajaan negeri perlu memainkan peranan dengan sebaiknya.

“Semalam kita tengok laporan dibuat masyarakat Orang Asli di Kuala Betis yang kata mereka makan debu selama 40 tahun, debu-debu lori balak.

“Mereka tak dapat apa-apa sedangkan lori balak sibuk lalu depan rumah mereka tapi mereka tak dapat apa-apa manfaat dari perkara ini,” katanya.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti