Seleweng dana syarikat RM1.5 juta, SPRM reman 3 individu termasuk GCEO

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga individu, termasuk seorang ketua pegawai eksekutif kumpulan (GCEO), susulan disyaki menyeleweng dana RM1.5 juta milik sebuah syarikat senaraian awam.

Sumber SPRM memaklumkan, kesemua suspek telah ditahan sekitar jam 7 hingga 9 malam kelmarin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Putrajaya berhubung dakwaan penyelewengan membabitkan projek pembinaan dan perlombongan bernilai kira-kira RM80 juta.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek juga dipercayai terbabit dalam penubuhan sebuah syarikat yang tidak diluluskan Ahli Lembaga Pengarah, bagi tujuan menjalankan projek kerjasama bernilai kira-kira RM258 juta.

“Dalam pada itu, kesemua suspek turut disyaki terbabit penyelewengan dana kutipan sewaan hartanah milik syarikat berkenaan yang bernilai kira-kira RM3 juta,” katanya kepada The Malaysia Press, hari ini.

Dalam pada itu, sumber menewaskan perintah reman selama empat hari sehingga 12 Ogos ini dikeluarkan terhadap dua suspek lelaki dan seorang wanita berumur antara 40 hingga 50-an,

“Reman telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi semalam,” katanya.

Sementara itu Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit.

“Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009,” katanya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak