PM ucap tahniah Dr Muhammad Yunus terajui Bangladesh

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Pemenang Nobel, Dr Muhammad Yunus, atas pelantikan sebagai pentadbir kerajaan sementara Bangladesh.

Anwar berkata, beliau yakin Muhammad Yunus mampu mentadbir kerajaan dengan kebijaksaan dan penuh integriti berikutan pengalamannya yang luas.

“Ketika fajar baru terbit di Bangladesh, membawa pembaharuan yang didorong oleh semangat dan visi masa mudanya, saya teringat kata-kata abadi dari pelukis-penyair-ahli falsafah Bengali yang hebat, Rabindranath Tagore: “Di mana minda dibimbing ke hadapan olehmu ke dalam pemikiran dan tindakan yang semakin meluas; Ke syurga kebebasan itu, ayahku, biarkan negaraku bangun.”

“Pada detik penting dalam sejarah ini, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada rakyat Bangladesh dan masa depan yang cemerlang,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Pada Selasa, Muhammad Yunus telah dilantik oleh Presiden Mohammed Shahabuddin untuk menerajui kerajaan sementara negara itu.

Keputusan untuk membentuk kerajaan sementara dibuat berikutan perbincangan antara Shahabuddin, pemimpin pergerakan mahasiswa dan pemimpin tentera.

Ia merupakan salah satu tuntutan utama pemimpin pelajar, yang mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran yang mendorong Perdana Menteri, Sheikh Hasina untuk meletak jawatan dan meninggalkan negara itu.

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

Fahmi anggap ‘Cik Man’ anak seni disegani ramai

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan