Pensyarah kerugian RM331,000 diperdaya ‘pegawai IPK Perak’

JOHOR BAHRU – Seorang pensyarah wanita kerugian sehingga RM331,000 selepas menerima panggilan telefon daripada individu mendakwa sebagai pegawai yang mengendalikan sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa berusia 49 tahun mendakwa menerima panggilan pertama daripada individu tersebut pada Mei lalu memaklumkan mangsa menerima bantuan PADU berjumlah RM1,200.

Kemudian, mangsa menerima lagi panggilan daripada seorang lelaki menyamar sebagai pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menyatakan mangsa terlibat dengan penggubahan wang haram.

“Mangsa menafikan dakwaan itu, namun berterusan menerima lagi panggilan daripada seorang lelaki menggelarkan dirinya sebagai Datuk bertugas di IPK Perak.

“Lelaki itu telah mengarahkan mangsa untuk membuat pindahan wang bagi tujuan keselamatan sementara siasatan dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Akibat panik, mangsa telah mengikut arahan berkenaan dengan membuat pindahan wang kepada akaun lelaki tersebut sebanyak 13 kali dengan keseluruhan jumlah wang bernilai RM331,000.

Bagaimanapun katanya, mangsa menyedari ditipu apabila cubaan menghubungi suspek gagal akibat panggilan telefon disekat.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan sebatan serta denda.

Related Posts

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

AMPANG – Sebanyak 24 kompaun dikeluarkan dalam Operasi Cegah Denggi di Lokaliti Wabak Tidak Terkawal di Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang, Sabtu lalu. Operasi yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Ampang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

MUKAH – Pasukan Kasihnya Warisan dinobatkan sebagai Raja Sungai selepas menjuarai acara kemuncak lumba perahu bidar Pesta N58 Balingian @ Penakub Ulu 2026 di Tebingan Kampung Penakub Ulu pada Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling