MAINS agih RM98 juta zakat

SEREMBAN – Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah mengagihkan zakat RM98 juta dalam tempoh Januari sehingga Jun lalu.

Manakala kutipan zakat melebihi RM66 juta bagi tempoh yang sama.

Pengerusi MAINS, Datuk Seri Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab. Kadir berkata, MAINS mencatatkan jumlah kutipan sebanyak RM66,899,868 bagi keseluruhan 10 kategori zakat.

“Bagi tempoh sama, MAINS telah pun berjaya mengagihkan dana zakat sebanyak RM98,136,329 kepada asnaf terdiri daripada fakir, miskin, mualaf, ibnu sabil, fisabilillah, amil dan gharimin.

“Alhamdulillah, sebanyak sebanyak 11 syarikat lagi terlibat dalam penyerahan lafaz akad zakat perniagaan syarikat-syarikat korporat yang melibatkan jumlah keseluruhan RM3,747,347,” katanya kepada pemberita pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Anak Asnaf MAINS dan Penyerahan Zakat Perniagaan di sini.

Dalam majlis yang sama, seramai 44 pelajar cemerlang terdiri Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) bagi tahun 2023 telah diraikan.

Selain itu, amai 4,345 asnaf, fakir dan miskin menerima bantuan am persekolahan disediakan untuk anak-anak yang bersekolah di peringkat rendah dan menengah dan pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Related Posts

Sekolah di Pahang operasi macam biasa esok

KUANTAN – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang memaklumkan semua sekolah di negeri itu akan beroperasi seperti biasa esok. JPN Pahang dalam kenyataan hari ini berkata, sebarang perubahan akan dimaklumkan dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persenda ayat al-Quran tidak boleh dijadikan bahan polemik politik – TKM P.Pinang

GEORGE TOWN – Tindakan mempersenda ayat suci al-Quran tidak boleh dikompromi dan tidak seharusnya dijadikan bahan sindiran dalam perbezaan pandangan politik. Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohamad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sekolah di Pahang operasi macam biasa esok

Sekolah di Pahang operasi macam biasa esok

Persenda ayat al-Quran tidak boleh dijadikan bahan polemik politik – TKM P.Pinang

Persenda ayat al-Quran tidak boleh dijadikan bahan polemik politik – TKM P.Pinang

Jerebu: Sekolah di tiga daerah Selangor ditutup, dua daerah KL dibuka semula

Jerebu: Sekolah di tiga daerah Selangor ditutup, dua daerah KL dibuka semula

‘Visit Malaysia Hunt & Explore Media Race’ diperluas ke Kinabatangan tahun depan

  • By Fandi
  • October 11, 2026
‘Visit Malaysia Hunt & Explore Media Race’ diperluas ke Kinabatangan tahun depan

Warga emas maut, dua lagi cedera dalam kemalangan di Saratok

Warga emas maut, dua lagi cedera dalam kemalangan di Saratok

Semua sekolah di Perak beroperasi seperti biasa mulai Isnin

Semua sekolah di Perak beroperasi seperti biasa mulai Isnin