Jiran kesal gagal bantu padam kebakaran

MUAR – Jiran tetangga yang menetap berhampiran kediaman mangsa akui merasa terkilan kerana beranggapan gagal mengawal insiden berkenaan hingga mengakibatkan mengorbankan nyawa tiga mangsa.

Penduduk, Ghazali Abd Rahman, 53, berkata, dia mengenali rapat seluruh ahli keluarga mangsa kerana telah lama berjiran.

“Lebih kurang 1.30 pagi, saya dapat panggilan daripada anak lelaki yang baru sahaja keluar dari rumah. Dia maklumkan kepada saya rumah sebelah ni terbakar.

“Saya pun bergegas keluar capai pemadam api. Sampai di lokasi memang api dah marak sangat jadi usaha nak memadam kebakaran pun sukar. Saya dan jiran tetangga lain cuba dekati rumah tersebut sebab nak pastikan kalau ada mangsa yang minta tolong.

“Rupanya saya dapati seorang kanak-kanak (Noradriana bt Nor Hisyam, 11) ditarik keluar tapi keadaannya agak parah. Manakala kakak mangsa (Norazima Mohd Radhi, 14) berjaya menyelamatkan diri dan meminta bantuan jiran tetangga yang mulai ramai di lokasi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Ghazali, penduduk kampung kemudian menemui dua jasad di dalam sebuah bilik yang kelihatan rentung.

“Kami tak mampu nak selamatkan mangsa yang terperangkap. Memang terkilan sebab tak sangka ada penduduk dalam kediaman ini,” katanya.

Terdahulu, tiga beranak meninggal dunia selepas kediaman mereka di Kampung Paya Redan, Pagoh, di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhlis Aziz berkata, mangsa yang disahkan maut di lokasi kejadian adalah pasangan suami isteri warga emas, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan Ara Abdul Hamid, 76.

“Manakala seorang lagi mangsa kanak-kanak iaitu cucu kepada pasangan berkenaan, Noradriana Nor Hisyam, 11, dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

“Sementara itu, seorang lagi penghuni yang juga cucu mangsa, Norazima Mohd Radhi, 14, dilaporkan cedera di kepala dan masih dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini,” katanya ketika dihubungi.

Related Posts

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

BERA – Lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana bertindak menghalang tugas pihak berkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar) di sini, pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama