Selepas 10 tahun bah kuning, penduduk belum terima bantuan

GUA MUSANG – Kira-kira 10 tahun lalu, kawasan Nenggiri adalah antara lokasi paling teruk terjejas akibat banjir besar yang melanda Kelantan.

Lebih dikenali sebagai bah kuning dalam kalangan penduduk setempat, kesan bencana itu masih lagi boleh dilihat dengan jelas sehingga hari ini.

Kunjungan wartawan The Malaysia Press ke Kampung Limau Kasturi, dekat sini, mendapati banyak kediaman penduduk yang musnah dan rosak teruk dalam kejadian sedekad lalu, belum dibaiki.

Ini kerana penduduk mendakwa kerajaan negeri Kelantan dipimpin Pas tidak menyalurkan sebarang bantuan kepada mereka.

Seorang penduduk yang juga mangsa banjir, Siti Duriah Yusof, 33, berkata, kediaman miliknya sering dinaiki air setiap kali tibanya musim tengkujuh.

“Dah 10 tahun, tiada sebarang bantuan diterima kami sekeluarga.

“Kawasan ini memang tiap tahun banjir… bantuan baik pulih rumah tak dapat, bantuan lain mana ada.

“Memang kecewa sangatlah dengan apa yang berlaku… kerajaan negeri macam tak pedulikan nasib kami,” katanya.

Dia turut menunjukkan kesan banjir yang mengakibatkan keadaan rumahnya dalam keadaan rosak pada bahagian dinding.

“Sampai sekarang dinding rumah saya ditampal dengan ‘plywood’… bila banjir, saya kena uruskan sendiri nak pindah barangan sebab suami ada masalah kesihatan.

“Jadi, saya merayu sangat… tolonglah mana-mana pihak ambil tahu masalah kami hadapi.

“Kami bukan orang senang dan saya kesian dengan anak-anak terpaksa hidup dalam suasana tidak selesa,” ujarnya.

Sementara itu, Nurul Syuhada Mohd Yusoff, 33, berkata, dia turut menghadapi masalah sama apabila permohonan baik pulih kediaman sehingga ketika ini belum diterima.

Katanya, disebabkan dia tidak mampu mengeluarkan wang sendiri untuk membaiki kediaman hingga terpaksa hidup dalam keadaan bumbung bocor dan berlubang.

“Keadaan rumah saya sangat teruk dengan bumbung bocor… terpaksa tadah dengan bekas atau baldi apabila hujan.

“Saya juga ada mohon untuk dapatkan bantuan baik pulih rumah tapi sampai sekarang belum dapat apa-apa berita lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Zizul Mat Diah, 40, berharap agar bantuan diberikan segera selain meminta agar diberikan penempatan baharu buat mereka yang terjejas banjir.

Katanya, mereka sudah tidak tahan untuk kerana setiap tahun terpaksa berdepan dengan air banjir apabila tiba musim tengkujuh.

Related Posts

Warga emas maut, dua lagi cedera dalam kemalangan di Saratok

SARATOK – Seorang lelaki berusia 78 tahun meninggal dunia, manakala dua lagi lelaki cedera selepas kereta Sedan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah trak pikap di Kilometer 418.4 Lebuhraya Pan Borneo,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Perak beroperasi seperti biasa mulai Isnin

IPOH – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) negeri Perak akan beroperasi seperti biasa mulai esok, 12 Oktober, selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua stesen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Warga emas maut, dua lagi cedera dalam kemalangan di Saratok

Warga emas maut, dua lagi cedera dalam kemalangan di Saratok

Semua sekolah di Perak beroperasi seperti biasa mulai Isnin

Semua sekolah di Perak beroperasi seperti biasa mulai Isnin

Belanjawan 2027 manfaat digital kepada rakyat, peluang baharu penggiat kreatif

Belanjawan 2027 manfaat digital kepada rakyat, peluang baharu penggiat kreatif

Hampir sedekad berjuang, Hartal Doktor Kontrak rakam penghargaan kepada PMX

Hampir sedekad berjuang, Hartal Doktor Kontrak rakam penghargaan kepada PMX

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh