Suspek ‘wanted’ curi tudung diberkas polis

TAWAU – Polis berjaya memberkas seorang lelaki warga tempatan yang merupakan suspek ‘wanted’ (dikehendaki) bersabit kesalahan jenayah curi di sebuah rumah di Batu 2 Jalan Apas, pada pagi Khamis. 

Ketua Polis Daerah Tawau,  ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berumur 48 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, hasil maklumat awam.

“Siasatan mendapati suspek mempunyai empat kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi Polis Daerah Tawau, hari ini. 

Terdahulu, IPD Tawau menerima satu laporan dari seorang usahawan kedai tudung di Jalan Kee Abdullah, Sabindo menyatakan tudung yang diniagakan berkurangan dan mengalami kerugian sehingga RM600. 

Katanya, pemeriksaan melalui kamera litar tertutup mendapati suspek telah mengambil beberapa helai tudung yang digantung di rak gantungan hadapan kedai sebanyak dua kali sebelum beredar. 

Susulan itu, satu siaran Orang Dikehendaki Polis telah dikeluarkan bagi mengesan suspek yang dipercayai terbabit kes curi untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 380 Kanun keseksaan.

Related Posts

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperketatkan proses saringan dan pengesahan terhadap pelarian serta tahanan warganegara Myanmar sebelum mereka dihantar pulang bagi memastikan hanya individu yang disahkan kewarganegaraannya dibawa kembali ke negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan