SDG dicadang sebagai subjek teras di sekolah

PUTRAJAYA – Prinsip Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) wajar diperkenal di peringkat sekolah sebagai salah satu subjek teras selaras dengan matlamat SDG 2030.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa terbuka untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memastikan subjek SDG ini berpotensi diajar.

“Setakat ini silibus SDG memang sudah ada di sekolah-sekolah, namun ia dalam skala kecil, jadi kita akan berbincang terus bersama pihak KPM.

“Kita mahu menjadikan subjek SDG secara formal atau ‘informal’ di mana akhirnya anak-anak boleh mengetahui kefahaman dan pendidikan kelestarian,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi turun padang ke tapak cadangan Pusat SDG, Bangunan Kuala Lumpur City Gallery (KLCG), di sini.

Bangunan KLCG iaitu Bangunan Pustaka Peringatan Kuala Lumpur dicadangkan sebagai lokasi baharu bagi Pusat SDG Kuala Lumpur dalam usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melebarkan lagi fungsi dan ruang Pusat SDG yang sedia ada.

Dalam pada itu, Zaliha berkata, SDG Centre Kuala Lumpur pengiktirafan United Nations Human Settlement Programme (UN-Habitat), bukan sahaja pertama di Malaysia tetapi di Asia juga.

“Pelebaran fungsi dan ruang SDG Centre Kuala Lumpur ini adalah sebagai salah satu inisiatif DBKL untuk melengkapkan ekosistem SDG Centre yang tidak hanya tertumpu kepada ruang pameran sahaja tetapi turut mempunyai pelbagai ruang yang menyokong usaha merakyatkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

“Pembangunan SDG Centre baharu itu dijangka siap dalam tempoh tiga ke empat tahun dan pihaknya akan menjalin kerjasama dengan Jabatan Warisan Negara untuk memastikan proses pemuliharaan bangunan warisan di situ dapat dikekalkan,” ujarnya.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

KEPUTUSAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai tindakan memilih untuk ‘mufarakah’ atau berpisah daripada Perikatan Nasional (PN). Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam