Mohamad ketuai deligasi Malaysia ke mesyuarat OIC bincang jenayah Israel

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) peringkat Menteri Luar di Jeddah, Arab Saudi hari ini.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata mesyuarat itu, yang diusulkan oleh Palestin dan Iran akan membincangkan jenayah Israel terhadap rakyat Palestin dan pencerobohannya serta ancaman terhadap kedaulatan Iran.

Katanya, Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Menteri Luar Gambia sebagai pengerusi Sidang Kemuncak OIC ke-15.

“Penyertaan Mohamad dalam mesyuarat itu akan memberi peluang besar kepada Malaysia untuk menyatakan kecaman keras terhadap pembunuhan beramai-ramai Israel dan kemusnahan meluas di Semenanjung Gaza termasuk pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa.

Penyertaan ini juga memperlihatkan komitmen Malaysia terhadap perjuangan Palestin, dan Malaysia menyokong penubuhan Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Selain itu, Malaysia turut menyokong kemasukan Palestin ke dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai negara anggota penuh.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Warga emas dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai

Nahas helikopter: KKM jamin bantuan penuh sehingga semua urusan selesai