Rosak integriti jika acara mewah, beri hadiah dalam perkhidmatan awam diteruskan

PUTRAJAYA – Penyampaian hadiah dan penganjuran acara mewah untuk pegawai berpangkat tinggi akan memberi kesan kepada semangat dan prestasi kerja penjawat awam.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, beban amalan tersebut bukan sahaja mewujudkan pelbagai persepsi negatif, malah merosakkan integriti sistem perkhidmatan awam.

“MCW bersetuju bahawa budaya memberi hadiah dan mengadakan majlis mewah untuk orang atasan boleh membuka ruang kepada potensi rasuah.

“Kami menyokong inisiatif untuk memerangi budaya itu dan memperkuatkan usaha untuk memastikan bahawa segala bentuk penghargaan atau penghormatan dilakukan dengan penuh ketelusan serta tanpa sebarang unsur rasuah,” katanya kepada The Malaysia Press, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Tan Sri Dr Ismail Bakar yang menegaskan pemberian hadiah, keraian atau tajaan dalam program di perkhidmatan awam yang dianggap amalan hormat serta tanda penghargaan, dikhuatiri membuka ruang kepada tabiat memberi dan menerima rasuah sekiranya terus dibiarkan.

Katanya, budaya menyambut program turun padang ketua jabatan atau pihak atasan dengan jamuan mewah, pemberian hadiah atau menjalankan acara lain untuk meraikan harus dibuat secara telus, dikurangkan atau lebih baik dihentikan.

Ismail mendedahkan terdapat aduan apabila kakitangan terpaksa menyediakan peruntukan untuk menyambut ‘tetamu’ yang turun padang contohnya jamuan makan malam, bermain golf dan lain-lain.

Dalam pada itu, Jais berpandangan, keperluan untuk mewujudkan budaya ‘segar’ yang lebih adil dan beretika untuk meraikan pegawai yang berpangkat lebih tinggi, tanpa membebankan peringkat bawahan.

Beliau berkata, penjawat awam juga perlu memastikan tiada unsur rasuah diamalkan dalam tenaga kerja.

“MCW menyokong sepenuhnya ‘Polisi Tiada Hadiah’ dan menyeru semua pihak dalam perkhidmatan awam untuk mematuhi dasar ini.

“Mematuhi polisi itu bukan sahaja penting untuk mencegah rasuah tetapi juga dapat mengekalkan budaya integriti dan ketelusan dalam organisasi. Kami percaya bahawa pematuhan terhadap polisi ini akan membantu mencipta persekitaran kerja,” katanya.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi