Cinta negara asas kepada pembangunan tanah air – Willie Mongin

PUNCAK BORNEO: “Cintakan negara perlu dipupukkan dalam kalangan masyarakat supaya perpaduan dapat terus diperkukuhkan,” kata Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin.

Kata Willie ketika hadir pada Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Parlimen P198 Puncak Borneo, mungkin masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tidak tahu sejarah penubuhan negara ini.

“Ini menyebabkan ada segelintir pihak terpengaruh dengan sentimen perkauman serta kenegerian,” ujar beliau.

Tambah Willie, beliau mengajak semua pihak agar sentiasa menghayati Rukun Negara serta menjaga keharmonian negara.

“Kita juga perlu mengambil sikap bertanggungjawab dalam mempertahankan keharmonian negara serta menghormati hak orang lain,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Willie turut memimpin konvoi motorsikal dalam acara acara Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 yang dimulakan di Pusat Konvensyen CIDB, Kuching, semalam.

Konvoi tersebut sampai ke Kampung Bratan, Padawan pada petang yang sama dan dimeriahkan oleh kehadiran 94 unit kenderaan dan 124 peserta dari pelbagai agensi.

Turut hadir Timbalan Pengarah Penerangan Sarawak, Aziz Abdul Rahman, dan Yang di-Pertua Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Sarawak, Wynson Ong Teck Ping, serta beberapa tetamu lain.

Related Posts

Ilmu ‘senjata’ Orang Asli pertahan, isi kemerdekaan

BENTONG – Kemerdekaan tidak seharusnya hanya difahami sebagai kebebasan daripada penjajahan, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui penguasaan ilmu dan pendidikan bagi membolehkan masyarakat Orang Asli menentukan masa depan serta bersaing dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Proses nyahwarta Hutan Simpan Kekal tidak dibuat sewenang-wenangnya

KUANTAN – Kerajaan Pahang menegaskan proses penyahwartaan Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri itu tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya, sebaliknya tertakluk kepada kawalan ketat, syarat tertentu dan prosedur ditetapkan. Menteri Besar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong, Raja Permaisuri zahir Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69

Agong, Raja Permaisuri zahir Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69

Deruman jet pejuang gegarkan Putrajaya, TUDM pamer kehebatan di langit merdeka

Deruman jet pejuang gegarkan Putrajaya, TUDM pamer kehebatan di langit merdeka

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 semarak semangat patriotisme

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 semarak semangat patriotisme

‘Akak Telekung’ semarakkan merdeka, berkawad lima kilometer

‘Akak Telekung’ semarakkan merdeka, berkawad lima kilometer

Merdeka bukan sekadar kata-kata, perlu diterjemah dengan keberanian melakukan perubahan – KSN

Merdeka bukan sekadar kata-kata, perlu diterjemah dengan keberanian melakukan perubahan – KSN

IPU sederhana, cuaca baik iringi Sambutan Hari Kebangsaan 2026

IPU sederhana, cuaca baik iringi Sambutan Hari Kebangsaan 2026