Lebih 1,600 projek aktif seluruh negara bernilai RM72.6 bilion

KUALA KRAI – Sebanyak 1,687 projek aktif Jabatan Kerja Raya (JKR) dilaksanakan tahun ini membabitkan kos RM72.61 bilion.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kesemua projek berkenaan termasuk infrastruktur jalan raya, jambatan serta bangunan seperti sekolah daif.

Menurutnya, sehingga Julai lalu, sebanyak 87 projek sudah disiapkan meliputi 34 projek infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan, manakala 42 binaan bangunan dan 11 lagi lain-lain projek.

“Kerajaan sentiasa komited untuk menyiapkan semua projek yang dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat,” katanya dalam sidang media selepas melakukan tinjauan projek penggantian Jambatan Sungai Durian di Jalan Persekutuan FT008, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, di Kelantan terdapat sebanyak 88 projek dalam pembinaan membabitkan kos berjumlah RM7.9 bilion.

“Daripada jumlah itu, ia termasuklah 38 projek bangunan, jambatan sebanyak 12 projek, manakala untuk jalan pula membabitkan 37 projek, namun hanya kini hanya satu saja projek jalan yang sudah siap dilaksanakan

“Kebanyakan projek ini dijangka siap mengikut jadual, namun bagi projek yang mempunyai sedikit masalah, pihak kami sentiasa membuat pemantauan dengan rapi.

“Tempoh pembinaan sesebuah projek dianggarkan di antara 24 hingga 36 bulan bergantung kepada jenis projek yang dilaksanakan,” katanya

Sementara itu, beliau berkata, projek penggantian Jambatan Sungai Durian adalah bertujuan bagi mengatasi masalah lalu lintas di laluan utama daripada Kota Bharu ke Kuala Lumpur disebabkan ia sempit serta uzur.

“Pada masa sama, ia juga bagi mengatasi masalah jalan terputus yang sering berlaku di jambatan sedia ada yang rendah semasa musim banjir.

“Projek ini dimulakan pada Jun 2021 dan sudah diberikan Lanjutan Masa (Extension of Time, EOT) sebanyak tiga kali.

“Setakat ini kemajuan fizikal projek ini sehingga 15 Julai m adalah sebanyak 39 peratus dengan kos kontrak semasa bernilai RM16 juta dan dijangka siap pada Julai tahun depan,” katanya

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP