JAIPk kesal polemik timbul susulan video tular

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) kesal dengan polemik yang timbul berikutan penyebaran klip video mengenai program lawatan di sebuah rumah ibadat bukan Islam di ibu negara pada 30 Julai lalu.

Menurut kenyataan dikeluarkan jabatan itu, video berkenaan adalah berkaitan lawatan yang diadakan secara tertutup dan dikendalikan oleh Global Unity Network (UNITY) dengan kerjasama JAIPk membabitkan 32 orang peserta dari seluruh Perak.

“Kesemua peserta sedang mengikuti lima kursus dakwah di bawah JAIPk yang bertujuan meningkatkan kefahaman mereka mengenai hal ehwal aktiviti dakwah, manakala lawatan berkenaan adalah satu modul dalam kursus tersebut.

“Lawatan itu adalah sebahagian daripada pengisian kursus untuk melatih dan meningkatkan keyakinan para peserta dalam menyampaikan dakwah terutamanya bagi membetulkan banyak salah faham mengenai Islam termasuk kebencian akibat sentimen Islamphobia,” katanya.

Bagaimanapun, lawatan itu telah bertukar menjadi polemik apabila sebuah akhbar menyiarkan klip video kenyataan salah seorang peserta wanita yang telah menimbulkan salah faham sehingga mengundang perdebatan hangat di laman media sosial.

“Jabatan ini terpanggil untuk menjelaskan bahawa wanita berkenaan bukan pegawai atau kakitangan JAIPk seperti yang didakwa, sebaliknya merupakan salah seorang peserta yang mengikuti kursus berkenaan secara sukarela.

“Bagaimanapun, jabatan ini memohon maaf kepada semua pihak terutamanya umat Islam atas kontroversi yang timbul susulan penganjuran kursus serta kenyataan peserta berkenaan sehingga menimbulkan salah faham selain menjejaskan nama baik kerajaan negeri dan pihak berkuasa agama,” katanya.

JAIPk menegaskan, sebagai antara jabatan yang diberi amanah mengurus hal ehwal dan kepentingan agama Islam, mereka tidak sesekali mengendurkan pegangan terhadap prinsip-prinsip maqasid syariah yang selama ini mendasari perjalanan pentadbiran kerajaan negeri Perak.

“Jabatan ini mengambil maklum mengenai arahan dan beberapa ketetapan yang dibuat Kerajaan Negeri Perak setelah mendapat titah nasihat oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah supaya isu tersebut ditangani segera bagi mengelakkan ia terus menimbulkan keresahan dalam masyarakat.

“Bagi mencegah kontoversi seumpamanya berulang, JAIPk akan mengkaji semula modul dan kaedah pelaksanaan kursus berkenaan selain menetapkan garis panduan khusus kepada peserta yang menyertai program dakwah yang dianjurkan jabatan ini pada masa hadapan,” katanya.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP