Lesen pengendali media sosial tepat pada masanya, sekat jenayah dalam talian

PUTRAJAYA – Langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mewajibkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dibuat tepat pada masanya.

Penganalisis Politik dan Media Sosial Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr Sara Chinnasamy berkata, langkah itu mampu memberikan timbal balik (keseimbangan) dalam pelaksanaan ekosistem penggunaan media sosial khususnya berkaitan kes atau isu membabitkan jenayah sivil.

Sehubungan itu, menurutnya, pengenalan kaedah itu bagi mengekang tindakan yang mencetus kebencian, provokasi, serta mempunyai elemen fitnah dan penghinaan kepada mana-mana pihak, tidak boleh disifatkan sebagai menyekat kebebasan bersuara.

“Lesen bagi perkhidmatan media sosial pertama kali ingin diperkenalkan di negara ini, namun sudah banyak negara mewujudkan undang-undang seumpama ini bagi mengawal kebebasan ruang media sosial.

“Seluruh dunia telah membuat kawalan terhadap perkhidmatan media sosial berdasarkan konteks kontemporari, masalah-masalah dan cabaran yang dihadapi dalam kalangan demografi penduduknya di samping turut memberikan impak terhadap pembangunan sosio ekonomi rakyat termasuk politik,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press, hari ini.

Mengulas lanjut, Sara berkata, langkah itu perlu disokong oleh semua pihak namun penambahbaikan perlu dilakukan dari semasa ke semasa selain melaksana kajian untuk mewujudkan lesen perkhidmatan media sosial mengikut kategori usia dan trend semasa.

“Jadi, bagaimana dan dari mana kerajaan perlu bermula jika ingin mewujudkan lesen perkhidmatan media sosial dan pesanan internet ini. Aspek ini adalah penting.

“Sekarang, terdapat undang-undang buli siber dan ia amat dialu-alukan tetapi pada masa sama, perlu ditambah baik selari dengan perkembangan semasa,” katanya.

Terdahulu, MCMC telah memaklumkan bahawa semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta 588.

Langkah itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2025 susulan kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet diperkenal bermula 1 Ogos.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal senada dengan Sara yang mahukan kajian secara teliti dilaksana agar pelaksanaanya tidak mencabuli hak kebebasan bersuara masyarakat dalam menghebahkan maklumat.

Jelasnya, perlu ada keseimbangan di antara hak individu untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat dengan hak untuk tidak memangsakan kumpulan-kumpulan yang mudah terpengaruh.

“Kita berharap SKMM akan memanggil Suhakam dan beberapa pemegang taruh, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain pihak berkaitan bagi memastikan garis panduan yang jelas atau pemantauan yang hendak dibuat ini tidak mencabuli hak asasi manusia.

Kita masih menunggu apakah bentuk kawalan yang hendak dibuat dan bagaimanakah garis panduan akan disediakan. Sebenarnya ia merupakan salah satu langkah pemantauan oleh SKMM untuk memastikan pihak terlibat lebih bertanggungjawab,” katanya.

Tegasnya, mana-mana pihak yang membuat aplikasi dan laman web rasmi tertentu, harus bertanggungjawab jika berlaku sesuatu, seperti kegiatan jenayah penipuan, scammer dan sebagainya.

“Jadi, kerajaan melihat bahawa terdapat keperluan untuk memastikan sesiapa pun yang ingin mengoperasikan satu-satu aplikasi itu supaya memohon lesen dan ia sangat penting,” katanya.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi