Anwar rakam takziah untuk keluarga Siti Zaharah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia lewat malam tadi.

Anwar dalam hantaran di laman sosial Facebook miliknya berkata, Allahyarhamah adalah seorang pemimpin, komited dan gigih dalam perjuangan.

“Takziah kepada keluarga mantan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman yang dilaporkan telah meninggal dunia malam tadi.

“Almarhumah merupakan sahabat dekat saya sewaktu bersama di dalam UMNO tatkala mengemudi sayap Wanita UMNO, dan merupakan pemimpin yang cekap, komited dan gigih dalam perjuangan.

“Saya turut berduka dan mendoakan agar keluarganya diberi kekuatan selain diampunkan segala dosa almarhumah serta diberi tempat terbaik di sisi-Nya,” katanya.

Allahyarhamah disahkan meninggal dunia sekitar jam 11.23 malam tadi di Hospital Serdang.

Related Posts

JPA buka permohonan Dermasiswa B40 untuk lepasan SPM 2025

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuka permohonan Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2026 kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang berhasrat melanjutkan pengajian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sistem KLIA perlu diperkasa secara holistik, pragmatik

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk menubuhkan pasukan siasatan bebas dalam menyiasat  penyeludupan dadah membabitkan seorang pembantu juruterbang tempatan bagi menilai semula keseluruhan prosedur sedia ada. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan