Sungai Klang semakin bersih

SHAH ALAM – Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) berjaya mengeluarkan 88,000 tan metrik sampah daripada Sungai Klang sejak 2019 hingga Ogos tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kutipan sampah di Sungai Klang telah menurun dan kini hanya mengumpul 5,600 tan metrik sampah.

“Tahun lalu, kutipan sampah di Sungai Klang telah menurun 67 peratus berbanding 2019. Ketimbang permulaan, Interceptor 002 iaitu jentera pemungut sampah di sungai kini mengutip 5,600 tan metrik sampah sahaja.

“Secara keseluruhan, kita berjaya keluarkan 88,000 tan metrik sampah daripada Sungai Klang sehingga Ogos 2023 menggunakan Interceptor 005 dan 002 serta tujuh perangkap sampah,” katanya seperti dilaporkan Selangorkini.

Tambah Amirudin, projek pembersihan Sungai Klang tidak hanya bergantung kepada penggunaan jentera Interceptor semata-mata, sebaliknya turut melibatkan penguatkuasaan.

“Pada masa sama, penguatkuasaan turut dilaksanakan bagi mencegah orang buang sampah ke sungai,” katanya.

Pada 2018, Kerajaan Negeri melancarkan projek SMG kendalian Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) sebagai inisiatif untuk membersih, memulihara dan membangunkan Sungai Klang yang tercemar.

Bagi pemulihan dan pembersihan Sungai Klang, terdapat dua mesin perangkap sampah iaitu Interceptor 002 dan 005 masing-masing beroperasi pada Ogos 2019 dan 2022.

Jentera Interceptor merupakan mesin inovasi ciptaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Belanda, Ocean Clean Up bagi proses pembersihan Sungai Klang yang lebih efektif.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit