Rangkaian kereta api laju Perancis kena sabotaj

PARIS – Rangkaian kereta api berkelajuan tinggi Perancis mengalami gangguan dan ‘serangan’ beberapa jam sebelum upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris.

Sumber yang rapat dengan penyiasatan memberitahu bahawa serangan itu adalah tindakan ‘sabotaj yang diselaraskan’.

“Ini adalah serangan besar-besaran untuk melumpuhkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi (TGV).

“Serangan itu menjejaskan laluan Atlantik, utara dan timur selain kemudahan kami turut dibakar,” katanya seperti dipetik dari AFP.

Katanya, keadaan itu akan berlarutan sepanjang hujung minggu ketika pembaikan dijalankan.

“Kereta api sedang dilencongkan ke landasan berbeza, namun sebahagian besar akan dibatalkan,” katanya.

SNCF menggesa penumpang untuk menangguhkan perjalanan mereka.

Serangan itu dilancarkan ketika Paris berada di bawah kawalan keselamatan ketat menjelang upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas, dengan 300,000 penonton dan orang kenamaan dijangka hadir pada acara itu.

Perarakan petang ini akan menyaksikan sehingga 7,500 pesaing menyusuri sepanjang enam kilometer sungai Seine dengan 85 bot.

Ia adalah kali pertama Sukan Olimpik Musim Panas dibuka di luar stadium olahraga utama, sekali gus meletakkan Perancis dalam keadaan berjaga-jaga terhadap serangan pengganas.

Di stesen kereta api Montparnasse di Paris, puluhan penumpang menunggu maklumat lanjut mengenai perjalanan mereka selepas kelewatan antara 30 minit hingga hampir dua jam diumumkan.

Related Posts

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

BANGKOK – Fosil dinosaur pemakan daging yang dipercayai berusia lebih 130 juta tahun ditemukan di Chaiyaphum, Thailand, sekali gus menjadi fosil dinosaur tertua pernah ditemui di wilayah itu. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

JEDDAH – Program Pengalaman Jemaah Arab Saudi mencatatkan pencapaian utama dalam meningkatkan perkhidmatan untuk jemaah dan penziarah pada 2025, dengan menyambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji dan umrah dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor