Kerajaan hargai sumbangan swasta, komuniti perniagaan

KERAJAAN sangat menghargai cadangan-cadangan oleh pihak swasta dan kelompok perniagaan dalam merangka Belanjawan 2025.

Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menekankan hubungan antara kerajaan dan komuniti perniagaan.

“Semalam saya telah menghadiri Majlis Gala Tahunan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) ke-62 dengan menekankan peri penting kepentingan kerjasama erat antara Kerajaan dan komuniti perniagaan dalam memajukan negara.

“Kerajaan mengalu-alukan cadangan-cadangan yang dikemukakan pihak swasta terutamanya Dewan-dewan Perniagaan dalam rangka penyediaan Belanjawan 2025,” jelasnya.

Majlis Gala Tahunan NCCIM ke-62 yang bertemakan ‘Menempa Masa Depan Yang Sejahtera dengan Nilai-nilai Madani’ turut dianggap bertepatan dengan aspirasi Kerajaan Madani.

Tambah beliau, komuniti perniagaan memainkan peranan yang penting sebagai pendukung kepada Agenda Ekonomi Madani dengan matlamat bagi mengubah Malaysia menjadi sebuah ekonomi Asia yang terkemuka dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup untuk semua rakyat.

“Sebagai penghargaan kepada sumbangan yang telah diberikan dalam membawa suara dan kepentingan perniagaan Malaysia, saya umumkan bahawa Kerajaan bersetuju memberi peruntukan sebanyak RM1 juta kepada NCCIM.

“Tahniah diucapkan kepada penganjuran Majlis Gala Tahunan NCCIM ke-62 dan saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas dedikasi dan sumbangan besar yang diberikan oleh semua lapisan komuniti perniagaan dalam menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi negara seterusnya meningkatkan kedudukan Malaysia di persada dunia,” katanya.

Related Posts

RM1.5 bilion bukti PMX capai apa yang Warisan gagal tunaikan – PKR Sabah

KOTA KINABALU – Pengumuman kenaikan bayaran interim pemberian khas Sabah kepada RM1.5 bilion disifatkan sebagai bukti bahawa Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya melaksanakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengiktirafan Arab Saudi perkukuh reputasi Malaysia dalam pengurusan haji – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan berprestij yang diterima Lembaga Tabung Haji (TH) daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menjadi bukti keupayaan Malaysia mengekalkan kecemerlangan dalam pengurusan serta kebajikan jemaah haji.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.5 bilion bukti PMX capai apa yang Warisan gagal tunaikan – PKR Sabah

RM1.5 bilion bukti PMX capai apa yang Warisan gagal tunaikan – PKR Sabah

Pengiktirafan Arab Saudi perkukuh reputasi Malaysia dalam pengurusan haji – PM

Pengiktirafan Arab Saudi perkukuh reputasi Malaysia dalam pengurusan haji – PM

Diplomasi kerajaan Sabah, Persekutuan bawa manfaat pada rakyat

Diplomasi kerajaan Sabah, Persekutuan bawa manfaat pada rakyat

Ewon alu-alukan komitmen PM laksana hak 40% Sabah, bayaran interim naik kepada RM1.5 bilion

Ewon alu-alukan komitmen PM laksana hak 40% Sabah, bayaran interim naik kepada RM1.5 bilion

Dobi Kasih Rahmah Kulai mudahkan kehidupan penduduk kampung

Dobi Kasih Rahmah Kulai mudahkan kehidupan penduduk kampung

Polis ambil keterangan MB Perlis, rampas ‘shotgun’, 9 peluru ‘buckshot’

Polis ambil keterangan MB Perlis, rampas ‘shotgun’, 9 peluru ‘buckshot’