Harga minyak sawit RM4,019/tan beri manfaat kepada peneroka, pekebun kecil

PUTRAJAYA –  Harga minyak sawit mentah (MSM) melonjak 2.5 peratus kepada purata RM4,019 satu tan pada separuh pertama 2024.

Bulan lalu, harga purata MSM meningkat sebanyak 1.4 peratus berbanding Mei dan 12.3 peratus lebih tinggi berbanding bulan sama tahun lalu pada RM3,957 satu tan.

Kenaikan itu dilihat merupakan khabar gembira kepada 112,000 peneroka dalam meningkatkan semula pendapatan mereka yang terjejas akibat harga tidak menentu sekian lama.

Berdasarkan penyelidikan yang diunjurkan oleh CIMB Securities, kebangkitan harga bulan ke bulan MSM didorong oleh kebimbangan terhadap bekalan yang terhad akibat pertumbuhan bekalan minyak sawit yang perlahan dan peningkatan penggunaan minyak sawit di Indonesia untuk tujuan biodiesel.

Katanya, walaupun pengeluaran MSM di Malaysia pada Jun lalu iaitu 1.62 juta tan mengalami penurunan sebanyak lima peratus berbanding bulan sebelumnya, namun 12 peratus lebih tinggi berbanding bulan sama tahun lalu.

Dalam pada itu, pempengaruh yang dikenali sebagai buruh ladang berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan mampu memperkasakan harga minyak sawit sehingga memberi pelbagai manfaat besar kepada peneroka dan pekebun kecil.

Menerusi hantaran video di TikTok, beliau menasihati peneroka untuk mengambil kesempatan yang dilaksanakan kerajaan, bukannya mengeluh dengan perkara tidak berfaedah.

Pada masa sama, individu tersebut seolah-olah memberi tamparan sinis terhadap golongan yang hanya memekak dengan keadaan ekonomi tanpa berusaha, dan tidak mengambil kira kebaikan yang telah dilaksanakan kerajaan kepada rakyat.

“Itu hari awak juga yang cakap, orang itu (Perdana Menteri) cakap pandailah, cakap lain buat lain lah, dia dah naikkan harga sawit. Apa lagi awak tunggu, biarlah dia nak cakap banyak pun. Dia memang pandai buat kerja dan naikkan harga sawit.

“Apa tunggu lagi, nak memekak apa lagi, pergilah kait. Kalau harga tengah sedap, gua cakap sedap dan berterima kasih kepada kerajaan dan menyambut baik usaha yang awak lakukan terhadap orang kampung,memang kita sanjung tinggilah,” katanya.

Mac lalu, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) memaklumkan melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 12 bulan pada 15 Mac lalu, hampir 10 peratus melebihi harga penutup pada Februari.

Jelasnya, aliran harga kukuh yang diperhatikan pada suku pertama 2024 sebahagian besarnya dibentuk oleh pertumbuhan bekalan defisit yang dinamik.

  • Related Posts

    Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

    KUALA LUMPUR – Pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) didakwa meletakkan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang dikaitkan dalam laporan itu dalam keadaan dilema serta berkedudukan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji

    CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memulakan siasatan cukai terhadap beberapa individu yang dikenal pasti berdasarkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH). HASiL dalam…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

    Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

    TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

    TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

    UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

    UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

    HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji

    HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji

    Anwar utamakan kepentingan pendeposit Tabung Haji mengatasi populariti politik

    Anwar utamakan kepentingan pendeposit Tabung Haji mengatasi populariti politik

    Jangan ada lagi ‘tangan ghaib’ usik Tabung Haji – ABIM

    Jangan ada lagi ‘tangan ghaib’ usik Tabung Haji – ABIM