Tipu gaji: Bekas penolong pegawai tadbir JAIM didenda 50,000

MELAKA – Seorang bekas penolong pegawai tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah menipu bayaran gaji Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) berkaitan pembayaran balik emolumen bernilai RM30,749.88, tujuh tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu seorang GSTT, Mohd Zulhilmi Ismail, 38, untuk mempercayai bayaran balik emolumen bagi Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), elaun Sara Hidup (COLA) dan Elaun Khidmat Awam (EKA) kerana peletakan jawatan berjumlah RM30,749.68 adalah tulen.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Sumber Manusia, JAIM, dalam daerah Melaka Tengah, 3 hingga 8 November 2017.

Tindakan secara tidak jujur itu telah mendorong mangsa menyerahkan sejumlah wang berkenaan yang tidak akan diserahkan jika tidak diperdayakan sedemikian.

Dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksima lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh ketika kejadian seorang penjawat awam iaitu Penolong Pegawai Tadbir (N29) bertanggungjawab mengawal selia pegawai bawahan Unit Pengurusan Sumber Manusia berkaitan gaji dan kontrak perkhidmatan guru agama sekolah menengah dan rendah.

Pada 27 Mei 2017, tertuduh telah menyediakan surat tuntutan bayaran balik gaji terlebih bayar dengan kaedah bayaran secara tunai dan resit rasmi kerajaan negeri Melaka kepada tertuduh dan tiga lagi orang guru sandaran tidak terlatih.

Perbuatan itu mendorong mereka menyerahkan wang tunai berjumlah keseluruhan RM154,884.40 kepada tertuduh sedangkan bayaran tersebut tidak diterima oleh pihak JAIM.

Tertuduh hanya mengaku pertuduhan pilihan pertama sahaja dan baki tiga pertuduhan pilihan diambil pertimbangan atau ‘take into consideration’ (TIC) oleh mahkamah selaras dengan peruntukan Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah selepas dimaklumkan pendakwaan.

Siasatan mendapati tertuduh telah membuat dan menandatangani surat tuntutan bayaran balik gaji terlebih bayar tersebut dan mengeluarkan resit rasmi kerajaan negeri Melaka.

Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Azriff Firdaus Mohamad Ali mencadangkan sekurang-kurangnya dikenakan denda sebanyak RM50,000 sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Peguam Mohd Nazri Abd Hamid yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan nilai denda memandangkan anak guam seorang bapa tunggal tiga anak yang masih bersekolah serta perlu menyara ibu bapa tidak bekerja selain tertuduh juga telah digantung tugas di Bahagian Sumber Manusia Kolej Matrikulasi Johor dan berdepan risiko dibuang kerja.

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Anuar Mat Zin, 39, mengaku bersalah pada sebutan kes berkenaan.

Related Posts

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

SUNGAI PETANI – Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69 nanti diharap menjadi pemangkin kepada penyatuan rakyat dalam usaha membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera. Menteri Belia dan Sukan, Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

TAWAU – Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah bercadang mewujudkan sebuah Pusat Aktiviti Wanita di Pantai Timur Sabah bagi memperluaskan lagi capaian program pembangunan wanita di kawasan berkenaan. Pembantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka