Motac kutip cukai lebih RM300 juta

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) mencatatkan kutipan cukai pelancongan sebanyak RM308.33 juta bagi tempoh 2018 hingga 2022 lalu.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM135.49 juta berjaya dikutip pada 2018 dengan RM67.74 juta daripadanya diagihkan kepada kerajaan negeri.

Pada 2019 pula katanya, sebanyak RM134.94 juta berjaya dikutip, manakala sebanyak RM37.90 juta diperoleh bagi separuh tahun pertama 2020.

“Cukai pelancongan mula diperkenalkan pada 2017 setelah Akta Cukai Pelancongan 2017 diwartakan pada 21 Jun 2017.

“Susulan itu, cukai pelancongan mula dikutip pada 2018, 2019 dan separuh tahun pertama 2020.

“Walau bagaimanapun, kutipan cukai pelancongan ditangguh bermula 1 Julai 2020 sehingga 31 Disember 2022 disebabkan oleh penutupan sektor pelancongan akibat penularan pandemik Covid-19.

“Kutipan cukai pelancongan mula dilaksanakan semula pada 1 Januari 2023,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohd Hisamudin Yahaya mengenai jumlah cukai pelancongan yang dikutip setakat ini.

Sementara itu, menjawab pertanyaan Hisamudin mengenai cara hasil kutipan digunakan dalam bidang pelancongan negara, King Sing memaklumkan ia diagihkan kepada kerajaan Persekutuan dan negeri.

Bagaimanapun katanya, agihan tersebut hanya boleh dibelanjakan bagi skop berkaitan pembangunan sektor pelancongan, seni dan budaya.

Tambahnya, Motac akan sentiasa memastikan supaya hasil kutipan cukai pelancongan dibelanjakan bagi tujuan yang ditetapkan sahaja dalam memastikan pembangunan sektor pelancongan, seni dan budaya negara dapat dilaksanakan secara berterusan dan memberi manfaat kepada pelbagai pihak.

Related Posts

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN

PUTRAJAYA – Pelaksanaan latihan ketenteraan tertakluk kepada prosedur kelulusan yang ketat di samping penyelarasan turut dilakukan bersama kementerian dan agensi berkaitan. Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi kenyataan memaklumkan, bagi kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
2 penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis

KUALA LUMPUR – Dua penjenayah warga tempatan ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?