Lebih 500 diberkas pihak berkuasa Bangladesh

DHAKA – Lebih 500 orang termasuk sebilangan pemimpin pembangkang ditangkap di Dhaka berhubung keganasan yang memporak-perandakan Bangladesh dan membunuh 163 orang selepas kumpulan pelajar memprotes peraturan pengambilan kakitangan awam, kata polis hari ini.

Apa yang bermula sebagai demonstrasi membantah kuota kemasukan untuk kakitangan kerajaan itu bertukar menjadi rusuhan paling buruk yang perlu ditangani oleh Perdana Menteri, Sheikh Hasina.

“Sekurang-kurangnya 532 orang telah ditahan berhubung keganasan yang tercetus sejak rusuhan berlaku.

“Mereka termasuk sebilangan pemimpin BNP,” kata jurucakap Polis Metropolitan Dhaka, Faruk Hossain sambil merujuk kepada pembangkang, Parti Nasional Bangladesh.

Terdahulu semalam, mahkamah tertinggi Bangladesh membatalkan kuota pengambilan kakitangan awam itu untuk beberapa kumpulan tertentu.

Keputusan itu bagaimanapun gagal memuaskan hati pemimpin-pemimpin pelajar.

Demonstrasi pelajar yang membantah skim kuota itu mencetuskan pertempuran di seluruh negara yang mengorbankan 163 orang termasuk sebilangan anggota dan pegawai polis.

“Kami tidak akan berhenti selagi kerajaan belum memenuhi tuntutan kami,” kata seorang jurucakap penganjur protes tersebut, Pelajar Menentang Diskriminasi.

Menurut pihak berkuasa, tiga anggota polis terbunuh di Dhaka dan kira-kira 1,000 yang lain cedera, sekurang-kurangnya 60 daripada mereka kritikal.

Related Posts

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

NEW DELHI – Malaysia menyeru semua pihak yang terbabit dalam konflik di Asia Barat supaya menghentikan peningkatan ketegangan dan kembali menggunakan saluran diplomasi bagi mencari penyelesaian, kata Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

NEW DELHI – Hubungan Malaysia-Rusia diperkukuh dengan beberapa kerjasama bagi merancakkan sektor pelancongan, perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Rusia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian setelah pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan