Pemimpin kanan Pas jumpa PM untuk sertai Kerajaan Perpaduan?

PUTRAJAYA – Seorang pemimpin kanan Pas didakwa mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membawa parti itu menyertai Kerajaan Perpaduan.

Memetik laporan Malaysia Post, sumber akhbar itu memaklumkan pertemuan membabitkan pemimpin Pas berkenaan bersama Anwar telah berlaku beberapa kali dan terbaharu ia berlangsung pada bulan ini.

“Saya boleh katakan pemimpin Pas berkenaan adalah dalam kalangan ‘top five’ dan telah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri.

“Pertemuan itu bertujuan untuk membincangkan penyertaan Pas ke dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

“Anda boleh tanyakan Perdana Menteri mengenai perkara ini, apakah benar beliau ada bertemu dengan pemimpin Pas berkenaan.

“Kali terakhir pertemuan itu berlangsung pada bulan ini (Julai),” kata sumber kepada Malaysia Post.

Pada Mei 2023, Anwar menyatakan harapan agar hubungan silaturahim dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dapat dijalinkan semula dalam usaha membina semula negara dan mengelak daripada kegagalan.

Menurut laporan Malaysiakini, pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin berkata, hasrat murni perdana menteri itu dibuat pada pertemuan bersama dua anak bekas menteri besar Kelantan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan wujud perbincangan antara pemimpin Pas dan UMNO bagi membincangkan kerjasama mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Perkara itu didedahkan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang mendedahkan be­berapa siri pertemuan bersama pe­mimpin UMNO  kerap berlaku ketika ini.

Pertemuan itu dakwanya dibuat secara tidak formal membabitkan pe­mimpin utama kedua-dua parti sekali gus dilihat mempunyai harapan dalam menyatukan kembali undi Melayu yang kini berpecah teruk.

Bagaimanapun Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi menafikan laporan berkenaan.

Menjawab penafian Asyraf, Ahmad Fadhli dalam hantaran di Facebooknya pada Isnin mengakui perbincangan itu hanyalah pertemuan biasa di majlis kenduri serta di Parlimen.

Pada 8 Julai lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu tidak akan bekerjasama dengan Pas selagi Abdul Hadi menjadi presiden parti itu.

Sementara itu sumber berkata, episod pengkhianatan Pas terhadap UMNO sebelum ini dijangka akan bermula kembali.

“Sebelum ini Pas lakukannya terhadap UMNO ketika mereka bekerjasama dalam Muafakat Nasional (MN).

“Secara diam-diam Pas membentuk Perikatan Nasional (PN) dengan Bersatu,” katanya lagi.

Related Posts

Jangan heret institusi raja dalam percaturan politik – Fadhlina

KUALA LUMPUR – Institusi raja tidak seharusnya diheret ke dalam percaturan politik atau dijadikan medan pertarungan kuasa, tegas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Fadhlina Sidek. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia-China bukan sekadar diplomasi, hubungan berasaskan kepercayaan – Anwar

HANGZHOU – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan hubungan Malaysia-China bukan sekadar hubungan diplomatik biasa, sebaliknya berkembang menjadi persahabatan yang berteraskan kepercayaan dan keyakinan. Perdana Menteri berkata, asas berkenaan menjadi antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak sasar jadi pengeksport idea global, Miri intai pengiktirafan Bandar Kreatif UNESCO

Sarawak sasar jadi pengeksport idea global, Miri intai pengiktirafan Bandar Kreatif UNESCO

Jangan heret institusi raja dalam percaturan politik – Fadhlina

Jangan heret institusi raja dalam percaturan politik – Fadhlina

Malaysia-China bukan sekadar diplomasi, hubungan berasaskan kepercayaan – Anwar

Malaysia-China bukan sekadar diplomasi, hubungan berasaskan kepercayaan – Anwar

Subsidi elektrik Sabah perlu ditambah susulan kenaikan kos diesel

Subsidi elektrik Sabah perlu ditambah susulan kenaikan kos diesel

Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Penjawat awam tidak mengaku salah kemuka tuntutan palsu RM29,440