PM ucap takziah kepada rakyat Vietnam atas pemergian Nguyen Phu Trong

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada rakyat Vietnam atas pemergian Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam Nguyen Phu Trong hari ini.

Anwar dalam hantaran Facebook beliau berkata, pemergian Nguyen Phu Trong satu kehilangan besar.

“Visi beliau untuk mengekalkan autonomi strategik dan mempromosikan tadbir urus yang baik di Vietnam sangat memberi kesan kepada saya ketika kami bertemu di Hanoi pada Julai 2023.

“Visi Setiausaha Agung Trong untuk hubungan Vietnam-Malaysia akan kekal. Warisan beliau akan memberi inspirasi kepada generasi masa hadapan di Vietnam dan di seluruh Asia Tenggara.

“Ingatan saya tulus kepada mereka yang rapat dengan beliau – keluarga, sahabat dan rakan sekerjanya – semasa kehilangan ini,” kata Anwar.

Nguyen Phu Trong, 80, dilaporkan meninggal dunia akibat sakit tua.

Related Posts

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

PUTRAJAYA – Usaha pencegahan awal rasuah perlu diperkukuh dengan mengenal pasti serta menangani kelemahan yang berpotensi membuka ruang terhadap amalan tidak beretika itu. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KUALA LUMPUR – Sebanyak 19 kes membabitkan 12 ahli politik diberi pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di seluruh negara bagi tempoh 2010 hingga Julai lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu