UMNO sedia heret Jailani ke mahkamah

PONTIAN – ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang bertindak menyertai Pas bakal diheret ke mahkamah selain perlu membayar denda RM100 juta.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia susulan perjanjian dan akujanji ditandatangani semua calon BN pada PRN Melaka, PRN Johor dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, ketika PRN Melaka berlangsung pada tahun 2021, semua calon mewakili BN bersetuju menandatangani perjanjian tersebut, termasuk dikenakan bon jika lompat parti.

“Apa yang Dr Akmal (Ketua Pemuda UMNO) sebut Muhamad Jailani kena bayar RM100 juta itu betul.

“Memang ada perjanjian bagi memperingatkan calon BN agar tidak mengkhianati parti.

“Tentunya pimpinan UMNO akan mengambil tindakan susulan selain tindakan kerajaan negeri Melaka untuk melihat akta lompat parti dan sebagainya,” jelasnya seperti dipetik dari Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau berkata, tindakan mendakwa wakil rakyat yang melompat parti telah dilakukan ke atas bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamarudin oleh PKR dan diarahkan membayar denda RM10 juta oleh mahkamah.

“Denda dikenakan BN pula sebanyak RM100 juta. Ia bagi mengingatkan wakil rakyat BN supaya tidak sesekali melanggar perjanjian.

“Denda sebanyak RM100 juta itu adalah kos ditanggung oleh parti dan nilai jenama logo BN serta segala perbelanjaan dikeluarkan BN semasa calon bertanding pada pilihan raya

“Tindakan mengenakan perjanjian ini diambil susulan daripada tindakan 15 ahli parlimen UMNO menyertai Bersatu dan seorang ke parti Warisan selepas PRU14 pada tahun 2018.

“Pada masa itu belum ada akta anti lompat parti,” jelasnya.

Ditanya mengenai keperluan mengisytiharkan kerusi DUN Rembia kosong dan PRK perlu diadakan, Ahmad berkata, ia bergantung kepada kerajaan Melaka dan Speaker DUN.

Pada Selasa, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Muhammad Jailani – yang sebelum ini digantung keahlian dalam UMNO – sah menyertai Pas.

Katanya, kemasukan Muhamad Jailani ke parti itu berkuat kuasa Jun tahun lalu, sebelum DUN Melaka meluluskan Akta Anti Lompat Parti yang dinamakan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 pada 31 Julai 2023.

UMNO tahun lalu menggantung keahlian Muhamad Jailani selama enam tahun selepas didakwa melakukan sabotaj terhadap parti dengan sengaja hadir pada majlis pengumuman calon Perikatan Nasional bagi PRK DUN Simpang Jeram di Bakri, Johor.

Related Posts

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

KENYATAAN Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Muktamar Pas baru-baru ini bahawa menyokong atau menyertai Pas boleh membawa seseorang ke syurga sememangnya mengundang perhatian. Bagi penulis, kenyataan sebegini bukanlah sesuatu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar