Wan Ahmad Fayhsal tiada integriti, wajar digantung

KUALA LUMPUR – Penggantungan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan adalah hukuman yang wajar, kata Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan, Ammar Atan.

Beliau berkata, tindakan Ahli Parlimen Machang itu boleh dianggap menghina Parlimen yang dinaungi oleh Majlis Raja-raja Melayu, selain mewujudkan penghinaan terhadap penjawat awam.

Naib Ketua Pemuda parti Amanah itu berkata, Wan Ahmad Fayhsal sepatutnya bersikap matang dan berintegriti dengan mendapatkan sumber sahih dan tidak hanya bersandarkan surat layang dalam perbahasan Parlimen.

“Hakikatnya, dia tidak dapat membuktikan kesahihan maklumat dinyatakan dalam surat layang itu yang jelas fitnah dan adu domba untuk memburukkan penjawat awam,” katanya melalui satu kenyataan media, hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan Wan Ahmad Fayhsal digantung susulan tindakan Ahli Parlimen Machang itu membangkitkan isu sepucuk surat layang membabitkan pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di Dewan Rakyat.

Keputusan itu dibuat selepas usul menggantung Wan Ahmad Fayhsal dari Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa Pilihan mendapat sokongan 110 ahli Parlimen, manakala 63 tidak bersetuju menerusi undi belah bahagian, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Ammar menjelaskan, ini bukan kali pertama Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) melanggar etika Parlimen.

Pada Februari lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang juga Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan hampir digantung enam bulan akibat memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai korup dan salah guna kuasa tanpa bukti.

Namun, Wan Saiful mengemukakan permohonan maaf atas tindakan berkenaan, menyaksikan usul menggantungnya ditarik balik.

“Angkatan Muda Harapan menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti Bersatu menjalankan program khas bagi mendidik ahli Parlimennya lebih berintegriti dan tidak memfitnah sewaktu berbahas di Dewan Rakyat. Cukup-cukuplah menabur fitnah,” tegasnya.

Related Posts

PRN Melaka: PKR tanding sembilan kerusi, calon diumum 24 Oktober

JOHOR BAHRU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan akan bertanding sembilan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November depan. Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, senarai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hamzah takut bentang bajet alternatif, tetapi berani mahu ambil alih kerajaan – Mahfuz

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, perlu menjelaskan rancangan ekonomi dan pentadbiran pembangkang kepada rakyat sekiranya benar-benar bersedia mengambil alih kerajaan. Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

  • By Fatin
  • October 16, 2026
Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan