Ekonomi negara diramal berkembang kukuh suku kedua tahun ini

PUTRAJAYA – Ekonomi Malaysia diramal berkembang 5.8 peratus pada suku tahun kedua 2024, meningkat dari 4.2 peratus pada suku tahun sebelumnya, demikian menurut jangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bagi separuh pertama tahun ini, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 5.0 peratus berbanding 4.1 peratus bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Ia sekali gus seiring dengan unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak 4.0 hingga 5.0 peratus.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan suku kedua 2024 itu juga adalah yang tertinggi sejak suku keempat 2022 pada 7.4 peratus.

“Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan momentum pertumbuhannya, disokong faktor domestik dan eksport dengan prospek positif untuk baki tempoh tahun ini.

“Peningkatan perbelanjaan penggunaan isi rumah dirangsang oleh musim perayaan dan cuti sekolah serta pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 pada April lalu.

“Sejumlah RM6.98 bilion dikeluarkan dari Akaun 3 (Akaun Fleksibel) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat Jun 2024 untuk menyokong keperluan kewangan jangka pendek,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mohd Uzir berkata, anggaran pertumbuhan dicatatkan pada suku kedua adalah sejajar dengan indikator terkini seperti Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) yang masing-masing meningkat 6.1 peratus dan 2.4 peratus pada April dan Mei 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, beliau berkata, nilai jualan borong dan runcit meningkat 6.6 peratus pada April dan 7.1 peratus pada Mei berdasarkan asas tahun ke tahun.

Bagi sektor luaran pula, jumlah perdagangan – eksport dan import – mengalami peningkatan berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

“Faktor lain termasuk peningkatan ketibaan pelancong serta pengeluaran kelapa sawit dan kemajuan pembangunan projek mega,” katanya.

Mohd Uzir menambah, prestasi ekonomi pada suku tahun kedua dipacu oleh sektor perkhidmatan, dengan hampir semua sektor utama menunjukkan pertumbuhan yang lebih baik berbanding suku tahun sebelumnya.

Katanya, sektor perkhidmatan terus meningkat kepada 5.6 peratus berbanding 4.7 peratus pada suku pertama 2024, disokong subsektor perdagangan borong dan runcit, pengangkutan dan penyimpanan serta kewangan dan insurans.

Katanya, sektor pembuatan meningkat 4.7 peratus dari 1.9 peratus pada suku tahun sebelumnya, disokong pertumbuhan semua subsektor, terutamanya produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka dan produk petroleum, kimia, getah dan plastik.

“Di samping itu, sektor pembinaan kekal dengan pertumbuhan dua angka, 17.2 peratus didorong prestasi kukuh dalam semua subsektor, terutama kejuruteraan awam dan aktiviti pembinaan pertukangan khas.

“Sektor pertanian juga meningkat 7.1 peratus pada suku tahun ini, disumbangkan pertumbuhan memberangsangkan dalam subsektor kelapa sawit.

“Sementara itu, sektor perlombongan dan pengkuarian bertumbuh perlahan kepada 3.3 peratus berbanding 5.7 peratus pada suku tahun sebelumnya, disebabkan subsektor gas asli yang menyederhana,” katanya.

Related Posts

Perdagangan Malaysia-Mesir naik 74.7 peratus, kerjasama ekonomi diperluas

PUTRAJAYA – Malaysia dan Mesir bakal mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama pada suku pertama tahun depan bagi memperluas kerjasama perdagangan, pelaburan, kesalinghubungan penerbangan serta meneroka peluang ekonomi baharu. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Had pelepasan cukai individu dinaikkan

KUALA LUMPUR – Had pelepasan cukai individu yang tidak disemak sejak 2010, dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu diambil susulan kerajaan mendengar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak