Biden digesa tarik diri pemilihan Presiden AS 2024

WASHINGTON – Sementara Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden sedang dikuarantin selepas dijangkiti COVID-19, kebimbangan terus memuncak akan peluangnya untuk memenangi pemilihan seterusnya menentang calon popular Republikan, Donald Trump.

Tidak hanya ada bantahan daripada ahli partinya sendiri, malah sekutu kuatnya seperti Barack Obama turut menyatakan kebimbangan dan meminta Biden untuk mempertimbangkan semula potensi pemilihannya. 20 ahli Dewan Rakyat pula secara terbuka memintanya untuk berhenti.

Ketua Majoriti Dewan Negara, Chuck Schumer dan Ketua Minoriti Dewan Rakyat, Hakeem Jeffries dilaporkan bertemu dengan Biden untuk memberi amaran bahawa pencalonannya mengancam prospek kemenangan partinya pada pemilihan November.

Bekas Spesker Dewan yang berpengaruh, Nancy Pelosi memberitahu Biden secara peribadi beliau tidak boleh menang dan boleh menjejaskan peluang Demokrat untuk menawan semula Dewan Rakyat.

Disebabkan desakan yang diterima, pihak yang rapat dengan Biden percaya presiden itu mula menerima kenyataan akan kesukaran untuk menang dan memikirkan opsyen untuk berundur.

Sekiranya mengambil keputusan untuk berundur, Biden dijangka akan memberikan sokongan kepada Naib Presiden, Kamala Harris, untuk menggantikannya sebagai calon the Demokrat pada pemilihan presiden AS November ini.

Related Posts

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

BANGKOK – Fosil dinosaur pemakan daging yang dipercayai berusia lebih 130 juta tahun ditemukan di Chaiyaphum, Thailand, sekali gus menjadi fosil dinosaur tertua pernah ditemui di wilayah itu. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arab Saudi sambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji, umrah sepanjang 2025

JEDDAH – Program Pengalaman Jemaah Arab Saudi mencatatkan pencapaian utama dalam meningkatkan perkhidmatan untuk jemaah dan penziarah pada 2025, dengan menyambut ketibaan lebih 19.5 juta jemaah haji dan umrah dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh