10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

SEREMBAN – Gambar 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan tidak lagi dipaparkan di portal rasmi Kerajaan Negeri Sembilan susulan pembatalan pelantikan mereka.

Tinjauan mendapati, hanya gambar Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dipaparkan di ruangan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri pada portal berkenaan.

Ismail kini memegang portfolio berkenaan iaitu Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Keselamatan; Exco Kewangan, Tanah dan Sumber Asli serta Exco Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti, Komunikasi dan Felda.

Perkembangan itu berlaku selepas pembatalan pelantikan 10 Exco berkenaan diwartakan pada Khamis.

Warta bertarikh 24 September menyatakan pelantikan kesemua Exco itu dibatalkan berkuat kuasa 20 September atas perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pembatalan itu dibuat mengikut Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Mereka terdiri daripada Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah.

Menurut warta berkenaan, kesemua mereka telah mengangkat serta menandatangani sumpah dan ikrar taat setia di hadapan Tuanku Muhriz pada 7 Ogos lalu sebelum menjalankan tugas sebagai Exco Negeri Sembilan.

Warta itu turut menyatakan bahawa berdasarkan Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Exco selain Menteri Besar memegang jawatan selama diperkenan oleh Tuanku Muhriz.

Pada 20 September lalu, Istana Negeri Sembilan mengumumkan Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan semua Exco berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Sebelum ini, Ismail dilaporkan berkata kesemua Exco terbabit tidak dibenarkan memasuki pejabat masing-masing di Wisma Negeri di sini sejak Rabu, termasuk untuk menjalankan tugas rasmi.

Beliau mendakwa arahan berkenaan dimaklumkan secara lisan oleh pihak berkuasa dan tiada arahan bertulis dikeluarkan.

Related Posts

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbang cadangan mengembalikan keistimewaan status bebas cukai Langkawi bagi membantu merancakkan aktiviti perniagaan di pulau peranginan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

PUTRAJAYA – Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA yang disiasat berkait penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) akan didakwa di mahkamah minggu hadapan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM