Ketua rabbi Ultra-Ortodoks Israel gesa pelajar Haredi tolak berkhidmat dalam tentera

JERUSALEM – Ketua Rabbi Sephardic Israel, Yitzhak Yosef pada Rabu menggesa pelajar ultra-Ortodoks Yahudi, yang dikenali sebagai pelajar Haredi Yeshiva, untuk menolak notis tentera Israel yang meminta mereka mendaftar dalam perkhidmatan tentera.

Gesaannya dibuat selepas tentera Israel mengumumkan bahawa ia akan meminta pelajar Haredi Yeshiva untuk mendaftar Ahad depan.

Penyiar awam Israel, KAN berkata, ia memperoleh rakaman daripada Rabbi Yitzhak Yosef menegaskan bahawa sesiapa yang mempelajari Taurat, kitab suci Yahudi, dikecualikan daripada tugas ketenteraan.

Tambahnya, mereka yang mendaftar menjadi manja kerana tentera wanita turut menyertai perkhidmatan itu.

“Sesiapa yang menerima notis untuk mendaftar mesti mengoyakkannya dan tidak pergi,” tegasnya.

Menurut laporan Anadolu, tentera Israel menghadapi kekurangan anggota selama berbulan-bulan di tengah-tengah perang berterusannya di Jalur Gaza sejak 7 Oktober, serta pencerobohan ke Tebing Barat dan pertempuran rentas sempadan dengan kumpulan Lubnan, Hizbullah.

Bulan lalu, Mahkamah Agung Israel memerintahkan Yahudi Haredi untuk menyertai tentera dan melarang kerajaan daripada memberikan bantuan kewangan kepada institusi agama yang pelajarnya menolak perkhidmatan tentera.

Yahudi Haredi menyumbang kira-kira 13 peratus daripada kira-kira 9.9 juta penduduk Israel dan tidak berkhidmat dalam tentera, sebaliknya mendedikasikan hidup mereka untuk mempelajari Taurat.

Undang-undang Israel mewajibkan perkhidmatan ketenteraan untuk semua warga Israel yang berumur lebih dari 18 tahun, kecuali orang Yahudi Haredi, yang telah menjadi isu perbalahan selama beberapa dekad.

Related Posts

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

PERBAHASAN sama ada amalan tahlil merupakan sebahagian daripada syariat atau sebaliknya tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mana-mana individu mempermainkan amalan itu sebagai senjata politik atau menyindir mana-mana pihak terutama orang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan penyelewengan atau pecah amanah berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan