Kes bunuh Nur Farah Kartini, polis tahan teman lelaki

HULU SELANGOR – Polis menahan teman lelaki kepada mangsa kes bunuh, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seorang lelaki warga tempatan telah ditahan yang juga merupakan penjawat awam berusia 26 tahun.

“Siasatan telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Hussein berkata, mayat wanita itu ditemui kira-kira jam 6 petang tadi.

“Pemeriksaan awal, pihak polis mengesahkan mayat tersebut dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan telah hilang berkait laporan di Tanjung Malim pada Rabu lalu,” katanya.

Pada Isnin, media melaporkan misteri kehilangan seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu terungkai selepas mayatnya ditemukan di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu, di sini dipercayai dibunuh.

The Malaysia Press sebelum ini melaporkan mangsa hilang selepas dipercayai menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Laporan polis kemudiannya dibuat atas kehilangan mangsa iaitu Nur Farah Kartini itu yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada jam 1.56 pagi.

Mangsa yang berasal dari Sarawak dilihat kali terakhir memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP