14 jalan ditutup berperingkat Sabtu ini sempena Pertabalan Agong

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 jalan raya di sekitar ibu negara yang terlibat dalam upacara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan ditutup secara berperingkat pada Sabtu ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.

Beliau berkata, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur akan menempatkan 387 anggota terdiri daripada pegawai kanan dan pegawai rendah polis pada hari itu bagi penugasan mengiringi orang kenamaan, mengawal lalu lintas dan menguatkuasakan undang-undang jalan raya.

“Jalan terlibat ialah Jalan Tun Razak, Jalan Kia Peng, Jalan Raja Chulan, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Semantan, Jalan Damansara, Jalan Istana, Kuala Lumpur-Seremban Expressway, Jalan Kuching (arah selatan), Bulatan Dato Onn dan Jalan Parlimen.

“Jalan-jalan yang terkesan ini akan ditutup sementara bermula 8 pagi bagi acara Istiadat Pertabalan dan 8 malam bagi Majlis Santapan Diraja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi berkata penutupan jalan secara sementara adalah untuk memberi laluan kepada tetamu diraja melalui laluan yang dinyatakan dan sampai mengikut masa yang ditetapkan serta akan dibuka semula selepas mereka melalui laluan terbabit.

Beliau sehubungan itu menasihati pengguna jalan raya untuk tidak melalui laluan terlibat bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan mengikuti arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur menerusi talian 03-2115 9999 atau Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur 03-2026 0267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Related Posts

PAC syor pegangan saham tempatan MAHB dikekalkan sekurang-kurangnya 70 peratus

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan pegangan saham tempatan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang dimiliki Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikekalkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jentera kempen PN kurang menyengat tidak seperti PH, BN bersemangat

BATU PAHAT – Pakatan Harapan (PH) dilihat memulakan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan momentum paling positif apabila berjaya menghimpunkan kehadiran penyokong yang ramai pada hari penamaan calon. Suasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan