Strategi bersepadu kerajaan, Bank Negara bantu kukuh ringgit

TUMPAT – Strategi bersepadu dilaksanakan kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia merupakan usaha bagi memperkukuhkan prestasi ringgit ke kedudukan mata wang kedua terbaik di Asia.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, prestasi ringgit bertambah baik dalam tempoh enam bulan tahun ini.

Menurut beliau, sehingga Khamis lalu, ringgit berada di kedudukan pertama antara negara serantau dengan peningkatan sekitar dua peratus.

“Strategi bersepadu Kerajaan Madani antara Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia memperlihatkan prestasi ringgit semakin mengukuh.

“Sehingga 11 Julai, ringgit berada di kedudukan pertama antara negara serantau dengan peningkatan sekitar dua peratus, manakala purata harian jumlah dagangan pasaran kewangan meningkat ke AS$17.6 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar sempena Lawatan Kerja Kementerian Kewangan (MoF) ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long.

Amir Hamzah berkata, pada Sabtu, ringgit berada sekitar 4.68 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan sudah semakin konsisten di bawah paras 4.70.

Beliau mengulas antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan termasuk galakan pendapatan langsung asing oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dibawa balik ke Malaysia.

“Kerajaan meningkatkan interaksi dengan pengeksport untuk menukar hasil mereka kepada ringgit, memantau penukaran hasil eksport dan import, memperkukuhkan ekonomi tempatan dan meneruskan reformasi fiskal yang dijanjikan.

“Selain itu, dengan usaha bersepadu dan pengurusan fiskal yang efisien serta berdisiplin, prestasi mata wang pada tempoh separuh kedua tahun ini diyakini akan bertambah baik,” katanya.

Pada Jumaat lalu, akhbar melaporkan ringgit muncul sebagai mata wang kedua berprestasi terbaik di rantau Asia apabila mengalami penyusutan sederhana sebanyak 1.56 peratus berbanding dolar AS mengikuti rapat di belakang rupee India yang merosot sebanyak 0.37 peratus berbanding mata wang AS.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak