Elak spekulasi, serah kerajaan selesaikan subsidi diesel

TUMPAT – Rakyat diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penyelarasan inisiatif subsidi diesel memandangkan perkara itu masih dibawah pemantauan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Malah, kerajaan kini juga sedang memberi fokus terhadap pelaksanaannya selain memperhalusi cara lebih berkesan sebelum beralih kepada subsidi bersasar petrol RON95.

“Berhubung perkara ini, kita masih melihat keberkesanan inisiatif penyasaran subsidi diesel sama ada ia berjalan lancar atau tak dan dalam masa yang sama kita masih perhalusi cara penyasaran RON95 yang berkesan.

“Oleh itu, beri masa kita ‘settle down’ dulu untuk lihat (sama ada) cara yang sama (dengan penyasaran diesel) akan berkesan,” katanya dalam sidang media di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pengkalan Kubor, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau diiringi Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long hadir di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor sempena lawatan kerja.

Menurut Amir Hamzah, setakat ini data diperolehi menunjukkan pengurangan ketara jualan diesel dari stesen minyak di seluruh negara termasuk berdekatan sempadan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada awal Jun lalu, purata jualan harian diesel dari stesen minyak di seluruh semenanjung adalah 28.6 juta liter sehari dan sejak pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, ia berkurangan kepada 22.2 juta liter sehari.

Menurutnya lagi, pengurangannya adalah sebanyak 6.5 juta liter sehari atau 23 peratus jualan diesel dari stesen minyak di semenanjung dan daripada jumlah yang dinyatakan, boleh anggarkan jumlah ketirisan yang dapat dielakkan bernilai lebih RM250 juta sebulan.

“Dengan data yang menunjukkan jualan diesel secara komersial meningkat sebanyak 4.8 juta liter sehari bagi tempoh perbandingan yang sama.

“Malah, terdapat stesen minyak di kawasan utara yang berdekatan dengan sempadan yang mengalami kejatuhan jualan diesel sehingga 40 hingga 50 peratus sekaligus memaparkan penurunan aktiviti penyeludupan ke negara jiran disebabkan pengurangan margin keuntungan penyeludupan,” katanya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak