Keputusan Speaker ada asas tanpa pengaruh dari kerajaan – Khaled

INSTITUSI Parlimen mempunyai kedudukan tersendiri serta tidak dipengaruhi oleh kerajaan, sementara Speakernya boleh membuat keputusan sendiri berdasarkan kuasa yang ada.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin berkata, keputusan Speaker atau Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengekalkan kedudukan enam Ahli Parlimen Bersatu mempunyai asas, malah dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh yang mendakwa Akta Anti Lompat Parti hanya sia-sia merupakan pandangan peribadinya.

“Parlimen adalah satu institusi yang bebas, badan legislatif dengan Speakernya mempunyai kedudukan tersendiri yang boleh membuat keputusan sendiri dengan kuasa yang ada.

“Speaker (juga) telah menyatakan pendirian dan asasnya yang tidak didorong oleh pihak Kerajaan Perpaduan… itu hak Akmal untuk bagi pandangannya,” kata Khaled kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Machang, malam tadi.

Tambah Khaled, rakyat perlu memahami bahawa pindaan Perlembagaan yang dibuat parti Bersatu itu dibuat dengan niat memastikan ahli-ahlinya hilang keahlian.

Bagaimanapun, jelas beliau, Speaker telah membuat tafsiran undang undang yang berkaitan secara menyeluruh tanpa ada desakan atau dipengaruhi oleh Kerajaan Perpaduan.

Terdahulu, Johari menggunakan kuasa budi bicara dalam membuat keputusan mengekalkan kedudukan kerusi enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat