Malaysia beri sumbangan tambahan AS$1 juta kepada UNRWA

WISMA PUTRA – KERAJAAN Malaysia memberi sumbangan tambahan berjumlah AS$1 juta kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, sumbangan bersifat sekali itu diumumkan semasa Persidangan Pemberian Sumbangan UNRWA yang diadakan di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada 12 Julai.

“Jumlah ini adalah tambahan kepada komitmen negara untuk menyumbangkan AS$200,000 setiap tahun dari 2021 hingga 2025.

“Melalui Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP), Malaysia juga telah menyumbang kepada pelbagai inisiatif kemanusiaan termasuk pemberian bantuan perubatan, bantuan makanan, pengurusan sanitasi dan kebersihan air, penyaluran bekalan air bersih dan peningkatan kemudahan perubatan untuk rakyat Palestin,” katanya.

Jumlah keseluruhan bantuan Malaysia kepada UNRWA termasuk sumbangan baharu itu adalah sebanyak AS$5.2 juta.

Untuk rekod sehingga 28 Jun lalu, kerajaan Malaysia telah menerima sumbangan berjumlah RM98,828,028.83.

Bagaimanapun daripada jumlah itu, RM34,992,378.10 disalurkan kepada pelbagai pertubuhan masyarakat sivil, badan bukan kerajaan dan organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Malaysia bertekad menyokong UNRWA dan bersedia bekerjasama rapat dengan PBB dan pemegang taruh lain untuk memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan secara berterusan kepada rakyat Palestin.

Related Posts

Rejim Israel ragut 21,500 nyawa kanak-kanak, musnahkan 1,077 masjid di Gaza
  • SitiSiti
  • August 25, 2026

REJIM Israel mengorbankan lebih 21,500 kanak-kanak Palestin serta menyasarkan 1,244 daripada keseluruhan 1,275 masjid di Semenanjung Gaza sejak peperangan meletus pada Oktober 2023, menurut kenyataan Pejabat Media Kerajaan Gaza pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut