Berbakul makian, mereka tak senang dengan usaha pembaharuan – PM

BANGI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan hampir tiap hari beliau dimaki berbakul-bakul oleh pihak yang tidak menyenangi usahanya dalam membawa pembaharuan di negara ini. 

Bagaimanapun kata beliau, makian itu tidak memberikan sebarang kesan kepadanya kerana agenda mereformasikan negara ini menjadi keutamaannya.

“Saya kena kritik di Parlimen, kononnya jangan percaya dengan Anwar. Gaji penjawat awam tidak akan naik. Tidak apa, kamu semua tunggu nanti. 

“Saya sentiasa cari jalan, skim yang tidak ada pembaharuan selama 12 tahun kerana itu juga saya tolak kereta yang harganya RM2 juta, saya tolak gaji kerana tidak semua pemimpin ini tamak haloba. 

“Kita kena bayar hutang 1MDB yang nilainya RM48 bilion. Peruntukan untuk Kementerian Pendidikan RM20 bilion. Kalau boleh saya memang tidak mahu bayar hutang 1MDB itu tapi apa boleh buat.

“Berbakul-bakul makian untuk saya, saya tidak peduli. Selagi saya ada kuasa, saya ada sokongan daripada semua. Saya ada ihsan daripada Yang di-Pertuan Agong, saya akan terus bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum menerima tepukan gemuruh pada Majlis Sambutan Jubli Emas Penubuhan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di sini, hari ini.

Kata Anwar lagi, banyak pengumuman beliau dikritik termasuklah skim penyelarasan gaji penjawat awam yang akan naik pada 13 Disember ini. 

“Ada penganalisis kritik kata wang tidak ada, mana hendak naikkan gaji. Tetapi saya hendak pastikan pengumuman ini adalah yang terbaik dengan semua kelompongan ada diselesaikan dengan baik,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Anwar juga menyentuh isu membasmi rasuah yang menjadi agenda penting beliau sebagai perdana menteri di negara ini.

“Saya tidak bagi arahan main-main, saya minta Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cekup sesiapa sahaja termasuklah yang berjawatan. 

“Enough of this nonsense corruption. Ada yang kata ini untuk saya jadi popular, saya tidak peduli,” tegasnya.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan memperkukuh penyampaian mesej Kerajaan MADANI kepada masyarakat India menerusi kerjasama strategik dengan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), termasuk penghasilan kandungan dalam bahasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti