NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara ‘time-based’

BANGI – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) menyokong langkah kerajaan mengecualikan guru yang lemah, cuai dan melanggar disiplin daripada mendapat kenaikan pangkat secara ‘time-based’, bagi memastikan kualiti guru dan produktiviti guru setanding dengan gred yang dipegang mereka.

Presidennya, Aminuddin Awang dalam menyokong pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara berkenaan berkata, langkah itu juga perlu agar hanya guru yang benar-benar berkelayakan mendapat kenaikan pangkat.

“Dalam keadaan sekarang pun ‘time-based’ kita berasaskan kecemerlangan, bukan automatik. Kita ada elemen penilaian oleh ketua jabatan, masa naik pangkat kita tengok kriteria kecemerlangan, daripada segi markah, penilaian prestasi.

“Kita tidak mahu mereka yang tiada kualiti tiba-tiba naik pangkat, sama sebagaimana mereka yang berhempas pulas, jadi bagi memastikan aspek kecemerlangan pendidikan kita sokong pengumuman ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Jubli Emas NUTP di sini, hari ini.

Terdahulu Anwar ketika merasmikan majlis itu berkata, kerajaan menerima prinsip kenaikan pangkat secara ‘time-based’, namun menegaskan bagi guru yang cuai dan lemah dari segi disiplin, kemudahan itu akan dikecualikan.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menerusi kenaikan pangkat secara ‘time-based’, guru siswazah daripada DG41 yang berkhidmat lapan tahun akan dinaikkan kepada gred DG44, kemudiannya lapan tahun selepas itu DG48, enam tahun selepas itu DG52 dan tiga tahun selepas perkhidmatan kepada DG54.

Terdahulu Aminuddin dalam ucapannya meminta agar kerajaan menambah baik atau mengekalkan kenaikan pangkat secara ‘time based’ bagi golongan pendidik dalam Skim Saraan Baharu Perkhidmatan Awam yang akan diumum kelak.

Beliau berkata, sistem berkenaan adalah antara inisiatif terbaik yang diwujudkan kerajaan sejak sekian lama, yang membantu kira-kira 450,000 pendidik seluruh negara mendapat kenaikan pangkat setelah mencapai tempoh tertentu dalam perkhidmatan.

“Mengapa kerajaan wujud ‘time-based’ kepada guru – kerana kita ada 450,000 guru, sekolah kita hanya ada 10,223 buah sahaja. Kalau tak ada ‘time-based’ daripada 450,000 guru itu, hanya sedikit sahaja guru boleh naik pangkat, contohnya masuk dengan gred DG29 kerja 33 tahun, keluar (pencen) dengan DG29 juga,” katanya.

Ditubuhkan pada 1974, NUTP adalah hasil gabungan dua kesatuan guru iaitu National Union of Teachers (NUT) dan Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan (KKGGSK) dan berfungsi sebagai sebuah kesatuan pembela profesion perguruan.

Related Posts

Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

KUCHING – Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) membuat satu laporan polis berhubung penularan klip video di platform TikTok yang memaparkan tindakan biadab seorang individu memijak bendera Sarawak baru-baru ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Kebangsaan, Hari Sabah diraikan serentak 31 Ogos

KOTA KINABALU – Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah Peringkat Negeri Sabah tahun ini bakal menjadi detik bersejarah apabila kedua-dua sambutan diraikan pada tarikh yang sama, iaitu 31 Ogos 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

Hari Kebangsaan, Hari Sabah diraikan serentak 31 Ogos

  • By Ithma
  • August 20, 2026
Hari Kebangsaan, Hari Sabah diraikan serentak 31 Ogos

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang

Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang

Sabah, KUSKOP mantapkan pembangunan PMKS dan koperasi

  • By Ezmie
  • August 20, 2026
Sabah, KUSKOP mantapkan pembangunan PMKS dan koperasi

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang