Polis tumpaskan sindiket penipuan pelaburan ayam kampung

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan ayam kampung melibatkan kerugian lebih RM3.2 juta dalam serbuan di beberapa buah negeri pada 26 Jun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam serbuan di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Terengganu dan Labuan itu, polis menahan seramai 11 individu berusia 38 hingga 56 tahun yang menjadi pengasas, pengarah, setiausaha, kerani, ejen serta sukarelawan pertubuhan itu.

“Siasatan awal mendapati sindiket penipuan yang berselindung di sebalik Pertubuhan Amal Kita Kinta, Perak itu beroperasi sejak awal tahun lepas dengan menjanjikan pulangan seekor ayam kampung atau RM13 sebulan bagi setiap pelaburan berjumlah RM250 yang dibuat mangsa.

“Pelabur akan memasukkan wang pelaburan mereka dalam akaun bank milik pertubuhan terbabit, bagaimanapun bermula Sept 2023, pelabur-pelabur tidak lagi menerima keuntungan dijanjikan dan polis menerima 85 laporan polis di seluruh negara,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam serbuan itu, beliau berkata, polis turut merampas pelbagai barangan antaranya 13 buah kenderaan mewah, 13 utas rantai emas, dua cincin emas, 20 telefon pintar, 17 komputer riba, lapan buku cek, 37 keping kad bank dan 71 set pelbagai dokumen selain 2,143 ekor biri-biri.

Susulan itu, polis membekukan 34 akaun bank dan Unit Amanah dengan nilai keseluruhan RM6.5 juta milik pertubuhan berkenaan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Related Posts

Anwar arah siasatan segera nahas lori Jabatan Imigresen, tiga sekeluarga maut

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung kemalangan membabitkan sebuah lori jabatan itu yang mengorbankan tiga sekeluarga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan

Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan

Pas perlu bentang pelan ekonomi jika mahu ambil alih Selangor – Pemuda AMANAH

Pas perlu bentang pelan ekonomi jika mahu ambil alih Selangor – Pemuda AMANAH

Anwar arah siasatan segera nahas lori Jabatan Imigresen, tiga sekeluarga maut

Anwar arah siasatan segera nahas lori Jabatan Imigresen, tiga sekeluarga maut

Lelaki miliki tiga rekod lampau ditahan curi kabel loji simpanan air Kabong

Lelaki miliki tiga rekod lampau ditahan curi kabel loji simpanan air Kabong

Wawasan tekad bawa aspirasi ‘Yang Berkhidmat’ pada PRN Sarawak – Affendi Jeman

Wawasan tekad bawa aspirasi ‘Yang Berkhidmat’ pada PRN Sarawak – Affendi Jeman

Rashford perlu tingkat kemampuan jika ingin kekal di United

Rashford perlu tingkat kemampuan jika ingin kekal di United