Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan

KUALA KURAU – Tiga bot tunda Kelas (B) bersama sembilan kru warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) selepas disyaki melakukan pelbagai kesalahan di perairan Pulau Pasir Hitam, Perak, dalam kejadian pada Selasa.

Kesemua bot berkenaan ditahan sekitar jam 1 petang oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau (IPMZ Kuala Kurau) yang digerakkan menggunakan bot PERKASA 1239.

Pengarah Maritim Zon Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil Othman berkata, operasi berkenaan dijalankan susulan aduan serta maklumat awam berhubung aktiviti bot terbabit di kawasan perairan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati setiap bot dikendalikan tiga kru warga Myanmar,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap bot pertama mendapati ia disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menggaji warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia selain tidak menjalankan aktiviti secara usaha sendiri.

“Tiga kru warga Myanmar di atas bot berkenaan turut disyaki tidak memiliki dokumen pengenalan diri serta permit kerja yang sah,” katanya.

Bagi bot kedua, pemeriksaan mendapati ia disyaki melakukan kesalahan sama di bawah Akta Perikanan 1985 kerana gagal mempamerkan lesen bot, menggaji warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak menjalankan aktiviti secara usaha sendiri.

Pemeriksaan turut mengesan kesalahan berkaitan Akta Imigresen 1959/63 apabila tiga kru warga Myanmar di atas bot berkenaan disyaki tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

Sementara itu, pemeriksaan terhadap bot ketiga mendapati lesen bot berkenaan telah tamat tempoh.

Bot berkenaan turut disyaki menggaji warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan tidak menjalankan aktiviti secara usaha sendiri, manakala tiga kru warga Myanmar yang berada di atasnya disyaki tidak memiliki dokumen pengenalan diri serta permit kerja yang sah.

Kesemua bot bersama sembilan kru kemudian dibawa ke Jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan dan siasatan lanjut.

Mohd Hairil berkata, Maritim Malaysia kekal komited memastikan pematuhan undang-undang dan peraturan bagi menjamin keselamatan, ketenteraman serta kelestarian sumber perikanan di perairan negara.

“Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan, khususnya membabitkan pematuhan syarat lesen, penggajian pekerja asing serta keperluan dokumen imigresen,” katanya.

Related Posts

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap