Artikel Forbes serlah Malaysia makin dapat perhatian antarabangsa – Ahli ekonomi

MAJALAH Forbes baru-baru ini telah menerbitkan satu artikel yang sangat menarik tentang Malaysia yang sewajarnya perlu diberi perhatian oleh akhbar tempatan dan juga antarabangsa.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes memberi tahu Bernama sesuatu yang agak berbeza apabila melihat fokus ditumpukan kepada persekitaran yang lebih positif dan bukannya badai politik, seperti yang diulas menerusi ruang komentar majalah tersebut oleh penulis Benjamin Laker.

Innes berkata, selain pelaksanaan fiskal yang berhemat dan subsidi, langkah penting kerajaan yang dilihat menyerlah adalah peralihan kepada bidang semikonduktor.

Beliau berkata, Malaysia yang sebelum ini pernah dikenali sebagai Lembah Silikon Timur sebelum Taiwan dan Korea Selatan mengambil alih penerajuan industri cip, berhasrat untuk mengembalikan semula era kegemilangannya.

“Menubuhkan pasukan petugas semikonduktor baharu menunjukkan komitmen Malaysia untuk meningkatkan industrinya daripada pemasangan hinggalah kepada pembuatan berteknologi tinggi.

“Dengan ekosistem semikonduktor mantap yang telah sedia ada, Malaysia berada pada kedudukan baik untuk menarik pelaburan yang besar, terutamanya dalam sektor bernilai tinggi seperti pembuatan semikonduktor.

“Langkah strategik yang diambil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyokong potensi Malaysia untuk menjadi kuasa semikonduktor di rantau ini,” katanya.

Sementara itu, ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, artikel itu membayangkan bahawa agenda reformasi kerajaan telah mula disedari oleh pihak luar.

“Ini akan membantu membina kredibiliti pentadbiran sekarang dalam usaha mereka untuk menarik pelabur dan perniagaan asing untuk melabur di Malaysia.

“Negara kita sememangnya mempunyai apa yang diperlukan mereka untuk melabur dan berkembang maju apabila kerajaan menyusun semula keutamaan perbelanjaan untuk meningkatkan produktiviti negara dalam jangka masa sederhana hingga jangka panjang,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata pembaharuan biasanya dikaitkan dengan langkah-langkah yang tidak popular dan kerajaan sekarang cukup berani untuk menyahut cabaran sambil pada masa yang sama memastikan agenda reformasi akan dilaksanakan pada kadar yang sewajarnya.

“Saya percaya itulah faktor-faktor yang menarik perhatian Forbes memandangkan potensi besar ekonomi Malaysia,” katanya.

Menerusi artikel bertarikh 10 Julai, 2024, Laker memuji langkah yang diambil oleh perdana menteri untuk menarik pelaburan dalam sektor bernilai tinggi seperti semikonduktor dan teknologi digital serta menangani ketidakcukupan dengan memperkenalkan beberapa siri cukai baharu sambil mengoptimumkan kos di tengah-tengah cabaran yang berterusan.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar